Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 19 CERAIAN PO.1.1.5 DASAR PENEMPATAN SECARA PENTADBIRAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai Dasar Penempatan Secara Pentadbiran. LATAR BELAKANG 2. Penempatan secara pentadbiran telah dilaksanakan secara meluas oleh kebanyakan agensi iaitu menempatkan pegawai secara sementara di unit/ cawangan/ bahagian/ sektor/ seksyen selain daripada yang telah ditetapkan di Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, perkara ini telah menimbulkan pelbagai isu termasuk: (i) teguran daripada Jabatan Audit Negara (JAN) mengenai bilangan perjawatan yang tidak selari dengan WP/ SKP yang sedang berkuatkuasa; (ii) isu perundangan; (iii) isu kesukaran untuk memantau bilangan perjawatan sebenar; dan (iv) isu berkait dengan tuntutan elaun dan kemudahan. PELAKSANAAN 3. Oleh yang demikian, bagi memastikan perkara ini dapat dibendung dan diselesaikan secara efektif, semua agensi dimohon mengambil perhatian akan tarikh dan arahan berikut: (i) mulai 1 Januari 2015 sehingga 28 Feb 2015, semua agensi yang terlibat dipohon untuk membuat tindakan pembetulan iaitu mengembalikan perjawatan yang telah dialih secara pentadbiran tersebut kepada butiran asal. Bagi mana-mana agensi yang memerlukan perjawatan itu kekal di unit/ cawangan/ bahagian/ sektor/ seksyen sedia ada berikutan projek yang belum selesai atau keperluan lain, agensi hendaklah mengemukakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy