Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 18 PO.1.1.4 4.2.8 Kebajikan Untuk Bakal Pesara Program-program yang khusus untuk bakal-bakal pesara hendaklah juga diberi perhatian supaya mereka bersedia menempuh zaman persaraan dengan mudah. Pada masa ini, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) memang menyediakan program-program untuk bakal-bakal pesara, tetapi programprogram lain bolehlah juga dirancang dan dilaksanakan di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi. 5. Pihak pengurusan hendaklah memberi perhatian berat serta positif terhadap soal kebajikan anggota-anggota di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi mereka. Selain daripada perkara-perkara yang dihuraikan di atas itu, aspek-aspek kebajikan yang lebih khusus bagi sesuatu Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah difikirkan juga. Sekiranya tindakan-tindakan yang didapati wajar diambil memerlukan peruntukan ataupun melibatkan dasar atau peraturan, cadangan mengenainya bolehlah dikemukakan untuk pertimbangan pihak yang berkenaan. PEMBATALAN 6. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1989: Kebajikan Untuk Anggota-Anggota Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 7. Ceraian ini adalah dipanjangkan pemakaiannya kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Penguasa-penguasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy