Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 17 PO.1.1.4 4.2.4 Pusat Penjagaan Kanak-kanak (Nursery) Di mana sesuai, kemudahan Pusat Penjagaan Kanak-kanak hendaklah diadakan di Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengatasi masalah mendapatkan pembantu rumah. Dengan adanya pusat ini, kanak-kanak boleh ditempatkan serta dijaga oleh pembantu yang berkelayakan dan berpengalaman. Ibu bapa yang bekerja di pejabat pula dapat mengawasi kanak-kanak itu pada waktu rehat tengah hari. Di samping itu, pusat kemudahan penjagaan kanak-kanak ini akan memudahkan kaum ibu menyusukan anak-anak mereka sehingga peringkat umur yang sesuai selaras dengan amalan kesihatan yang digalakkan. 4.2.5 Kemudahan Riadah dan Rekreasi Kecergasan otak dan produktiviti pekerja banyak bergantung kepada kesihatan, dan kesihatan pula boleh ditingkatkan secara langsung menerusi sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi. Kementerian/Jabatan/ Agensi hendaklah memberi perhatian yang lebih bagi mengadakan kemudahan berkenaan di kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan. Semasa merancang bangunan-bangunan pejabat yang baru, perkara ini haruslah mendapat perhatian yang sewajarnya. 4.2.6 Kemudahan Bilik Rehat Kemudahan bilik rehat hendaklah juga diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Dengan konsep pejabat terbuka sekarang, kemudahan bilik rehat menjadi lebih penting lagi. Ianya boleh digunakan sebagai bilik serbaguna misalnya untuk membaca akhbar atau majalah semasa waktu rehat, atau dijadikan bilik rehat bagi kaum wanita yang disebabkan keadaan fisiologi mereka, sering mengalami keuzuran dan berkehendakkan rehat bagi tempoh yang singkat. 4.2.7 Penyertaan Dalam Pertubuhan-Pertubuhan Anggota-anggota hendaklah digalakkan menyertai pertubuhanpertubuhan yang bercorak kebajikan seperti Kelab-kelab Sukan dan Kebajikan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi serta PUSPANITA. Penyertaan dan sumbangan yang aktif wajar diberi penilaian yang positif dalam Laporan-laporan Nilaian Prestasi Tahunan anggota-anggota berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy