Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 16 PO.1.1.4 meningkatkan kebajikan anggota-anggota perkhidmatan awam di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi. 4.2 Sebagai panduan, berikut ialah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi: 4.2.1 Penempatan/Pertukaran Soal penempatan/pertukaran anggota dalam sesuatu Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah ditimbangkan secara adil dan selaras dengan matlamat memberi pengalaman yang menyeluruh. Dalam hal ini, perhatian perlulah diberi kepada masalah anggota-anggota yang telah berumahtangga. Sebolehbolehnya, mereka hendaklah diberi peluang untuk bertukar mengikut pasangan. Dengan cara ini, anggota-anggota yang terlibat akan mempunyai ketenangan jiwa dan seterusnya dapat memberi sumbangan yang optimum dalam kerja mereka. 4.2.2 Latihan Program latihan dan bimbingan perlulah dirancang dan dilaksanakan secara menyeluruh. Dalam pada itu, perhatian yang lebih hendaklah ditumpukan kepada program latihan dalam pejabat, khususnya bagi anggota-anggota yang banyak berurusan dengan orang ramai supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan tatasusila yang diperlukan. Makluman mengenai peluang-peluang kursus latihan hendaklah disampaikan kepada semua yang berkenaan dan pemilihan dibuat dengan lebih adil dan saksama dengan tumpuan diberi kepada calon-calon yang telah dipilih sebagai Tokoh Perkhidmatan Cemerlang. 4.2.3 Tuntutan Tuntutan-tuntutan, seperti tuntutan Elaun Perjalanan, Elaun Tanggungan Kerja, Elaun Memangku dan sebagainya hendaklah diproses oleh pihak yang berkuasa dengan seberapa segera yang boleh. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan yang mungkin menjejaskan moral anggota yang terlibat, lebih-lebih lagi di mana tuntutan itu merupakan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang telah dilakukan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy