Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 15 CERAIAN PO.1.1.4 KEBAJIKAN UNTUK ANGGOTA-ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi panduan berhubung dengan tindakantindakan yang sesuai dan boleh diambil dalam usaha Kerajaan hendak meningkatkan tahap kebajikan untuk anggota-anggota perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah menyediakan berbagai kemudahan bagi manfaat anggota-anggota perkhidmatan awam seperti yang diperuntukkan di dalam syarat-syarat perkhidmatan, perintah-perintah am, dan/atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui Ceraian dan pekeliling-pekeliling kewangan. Kemudahan-kemudahan ini meliputi perkara-perkara mengenai kebajikan anggota-anggota perkhidmatan awam seperti perkhidmatan perubatan, pinjaman perumahan dan kenderaan, kursus dan latihan, cuti dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini tidak sahaja dinikmati oleh anggota-anggota perkhidmatan awam bahkan dinikmati juga oleh keluarga mereka. Semua kemudahan ini disediakan oleh Kerajaan khusus bagi tujuan mencapai matlamat akhir iaitu untuk melahirkan satu perkhidmatan awam yang cekap, penuh dedikasi, bermotivasi tinggi dan produktif. 3. Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha-usaha meningkatkan tahap dan liputan kebajikan bagi anggota-anggota perkhidmatan awam dan dalam konteks ini, Kerajaan akan terus memikirkan bentuk kemudahan yang sesuai dilaksanakan bagi kebajikan mereka. PELAKSANAAN 4. Kebajikan Di Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi 4.1 Selain daripada kemudahan-kemudahan yang diperuntukan di dalam syarat-syarat perkhidmatan, perintah-perintah am dan sebagainya, terdapat banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilaksanakan bagi tujuan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy