Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-20 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 29. Tamat Tempoh Kontrak Catatkan tarikh tamat tempoh kontrak dan ganjaran kontrak (nyatakan jumlahnya dan rujukan surat pembayaran). 30. Opsyen Umur Persaraan (rujuk contoh 19 di muka surat 1-30) Catatkan pilihan opsyen yang dibuat oleh pegawai, pekeliling perkhidmatan dan surat kuat kuasa yang berkaitan. 31. Peletakan Jawatan (rujuk contoh 20 di muka surat 1-31) Catatkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan dan rujukan kelulusan pemendekan notis (jika ada). 32. Pelepasan Jawatan Dengan Izin (rujuk contoh 21 dan 22 di muka surat 1-31) Catatkan rujukan surat kelulusan, tarikh kuat kuasa, jawatan yang akan dijawat dan Jabatan barunya. 33. Persaraan Wajib (rujuk contoh 23 di muka surat 1-32) Catatkan rujukan seksyen 10 (1), Akta Pencen 1980, opsyen KWSP atau pencen (jika berkenaan) dan tarikh bersara. 34. Persaraan Pilihan Sendiri (rujuk contoh 24 di muka surat 32) Catatkan kebenaran Jabatan Perkhidmatan Awam, jenis persaraan awal dan peruntukan Akta Pencen yang berkaitan, tarikh persaraan, opsyen KWSP atau pencen (jika berkenaan). 35. Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Catatkan tarikh kematian, sama ada semasa dan akibat daripada menjalankan tugas rasmi atau kemalangan dalam perjalanan, nombor rujukan sijil kematian dan laporan polis (jika berkaitan). Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 36. Pelbagai Elaun Elaun-elaun yang diterima oleh pegawai (selain daripada Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Keraian dan sebagainya yang telah sedia tercatat bersama dengan catatan jawatan pegawai) perlu dicatatkan setiap kali pegawai itu menerima elaun-elaun tersebut. Jenis-jenis elaun yang dimaksudkan di sini ialah Elaun Pemangkuan, Elaun Penanggungan Kerja, Bayaran Insentif Wilayah, Bayaran Insentif Pakar, Elaun Bahasa, Elaun Trengkas Dua Bahasa, Elaun Gangguan, Bayaran Pakaian Istiadat, Kemudahan serta Bayaran Kerana Bertukar atau Berpindah Rumah dan elaun-elaun lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy