Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-19 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 23. Anugerah/ Hukuman Tatatertib (rujuk contoh 16 di muka surat 1-29) (i) Anugerah Darjah Kebesaran (bintang/ pingat) Catatkan jenis/nama Darjah Kebesaran yang diterima, gelaran yang mengiringinya sekiranya ada, pemberi anugerah, sempena anugerah itu diberikan, tarikh penyampaian anugerah dan sebagainya. Nombor rujukan surat yang menawarkan anugerah itu hendaklah dicatatkan di ruangan “Kebenaran”. (ii) Anugerah Khidmat Cemerlang Butir-butir anugerah seperti tahun penganugerahan, jenis-jenis hadiah dan tarikh penyampaian anugerah hendaklah dicatatkan. (iii) Hukuman Tatatertib Catatan hendaklah jelas dan lengkap dengan jenis hukuman, tarikh hukuman berkuat kuasa, tarikh Lembaga Tatatertib yang menjatuhkan hukuman itu bersidang, jenis kesalahan yang telah disabitkan dan sebagainya. Nombor rujukan surat hukuman hendaklah dicatatkan di ruangan “Kebenaran”. (iv) Tahan Kerja dan Gantung Kerja Nyatakan butir-butir tuduhan dan kuasa yang meluluskan. 24. Cuti (rujuk contoh 17 dan 18 di muka surat 1-29 dan 1-30) Jenis cuti yang perlu dicatat adalah yang mempunyai implikasi terhadap gaji pegawai dan pengiraan tempoh perkhidmatan yang melayakkan walaupun telah dicatatkan di Bahagian 3 – “Kenyataan Cuti”. Butir-butir cuti hendaklah dicatatkan selengkapnya, termasuk jenis, tarikh, tempoh, jumlah dan kuasa yang meluluskan cuti. Antara jenis cuti yang dimaksudkan ialah Cuti Haji, Cuti Belajar, Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Bersalin, Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan lain-lain cuti dalam perkhidmatan. 25. Kerahan Tenaga Sepenuh Masa Catatkan tempoh kerahan, pasukan sukarela yang mengambilnya berkhidmat, syarat-syarat, tarikh bermula dan berakhir serta rujukan surat kuasa. 26. Akta Rahsia Rasmi 1972 Bagi pegawai yang telah menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, catatan sewajarnya hendaklah dibuat bersama-sama dengan tarikh sumpah diambil. 27. Kemudahan Tambang Percuma Catatkan kelulusan kemudahan tambang percuma, kelayakan tambang dan butir-butir perjalanan yang telah diambil. 28. Penamatan Perkhidmatan Dan Buang Kerja Catatkan tarikh kuat kuasa penamatan/buang kerja dan rujukan berkaitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy