Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-21 37. Pelarasan Gaji, Elaun Dan Kemudahan Sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai, boleh berlaku pembayaran di mana pegawai tidak berhak menerimanya. Bayaran terlebih bayar tersebut hendaklah dikutip semula dan urusan pembayaran balik perlu dicatatkan sebagai bukti bahawa pegawai itu telah memulangkan jumlah wang yang terlebih bayar antaranya, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang masih dibayar walaupun pegawai berkursus melebihi tiga (3) bulan, Elaun Gangguan terlebih bayar disebabkan pejabat baru/cawangan lewat menerima surat pertukaran pegawai dan pegawai lewat mengemukakan permohonan Cuti Tanpa Gaji dan kelulusan cuti tersebut diluluskan secara dikebelakangan tarikhnya. Kaedah Merekod: Catatkan arahan untuk mengutip semula bayaran terlebih bayar, kaedah bayaran, jumlah potongan bulanan (sekiranya dibuat secara ansuran) dan tempoh bayaran. Pelarasan gaji, elaun dan kemudahan juga boleh berlaku sekiranya pegawai diluluskan sesuatu urusan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat dan urusan pertukaran pelantikan yang tarikh kuatkuasanya dikebelakangkan. Kaedah Merekod: Catatkan kelulusan kenaikan pangkat atau pertukaran pelantikan berkenaan, tarikh kuatkuasa, nyatakan gaji telah terima dan gaji patut terima. Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 38. Urusan-Urusan Lain Antara urusan-urusan lain yang perlu dicatatkan di dalam “Kenyataan Perkhidmatan” adalah seperti berikut: (i) Kursus, latihan dan seminar yang dihadiri – catatkan jenis, tempoh, di mana dan sama ada diberi biasiswa (pembiaya) atau sebagainya (nyatakan sijil jika ada). (ii) Keputusan Lembaga Perubatan – yang melibatkan perubahan gaji. (iii) Kemudahan tambang percuma. (iv) Butiran pendaftaran pegawai dengan badan ikhtisas. (v) Kelulusan untuk bergiat dalam politik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy