Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-18 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 15. Pemilihan (Opsyen) Skim Perkhidmatan Rekodkan nombor perenggan opsyen (sama ada bersetuju atau tidak bersetuju), bilangan pekeliling perkhidmatan yang berkaitan, tarikh kuat kuasa opsyen, tangga gaji lama, tangga gaji baru, pemindahan gaji sekarang ke gaji baru dan perubahan tarikh pergerakan gaji. 16. Perubahan Skim dan Tangga Gaji Catatkan bilangan pekeliling perkhidmatan yang berkenaan, jika ada, tangga gaji baru, mata gaji yang telah diubah, gelaran jawatan baru, jika ada. Ringkasan pelarasan gaji, jika ada, hendaklah dinyatakan. 17. Mengambil Kira Perkhidmatan Lepas Catatkan gelaran jawatan dahulu dan tempoh perkhidmatan lepas, Jabatan dahulu, syarat-syarat ‘tempoh terputus’ (jika berkenaan). Nombor rujukan surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah dicatatkan di ruangan “Kebenaran”. 18. Pindaan Tarikh Lahir Seperti Tercatat Dalam Buku Perkhidmatan Catatkan tarikh asal dan tarikh baru, jika pindaan diluluskan. Jika permohonan tidak diluluskan, keputusan hendaklah direkodkan untuk mengelak permohonan berulang kali. Catatkan nombor rujukan surat keputusan di ruangan “Kebenaran”. 19. Perintah Mahkamah Atau Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Membawa Kesan Terhadap Gaji Catatkan hukuman/perintah mahkamah ke atas pegawai yang membawa kesan terhadap gajinya seperti kebankrapan, hukuman tatatertib, perintah nafkah isteri yang diceraikan dan lain-lain. Nyatakan jenis perintah, surat kuasa perintah, pembayaran atau jumlah potongan gaji yang ditetapkan. Ia hendaklah disusuli dengan catatan pemberhentian tanggungan dan tarikh jika berkenaan. 20. Peminjaman/ Pertukaran Sementara Catatkan tarikh kuat kuasa, jawatan yang akan disandang, gred, mata gaji, tangga gaji, tempoh Peminjaman/ Pertukaran Sementara 21. Penanggungan Kerja (rujuk contoh 14 di muka surat 1-28) Catatkan kelulusan penanggungan kerja dan pembayaran elaunnya, tarikh kuat kuasa, pengiraan elaun dan rujukan surat kebenaran. 22. Pertukaran Pelantikan/ Pertukaran Perkhidmatan (rujuk contoh 15 di muka surat 1-28) Catatkan pertukaran pelantikan/ pertukaran perkhidmatan dari satu Jabatan ke Jabatan yang lain atau dari satu skim perkhidmatan ke satu skim perkhidmatan yang lain serta tarikh kuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy