Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-17 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 11. Pinjaman/ Pembiayaan Kerajaan (rujuk contoh 10 di muka surat 1-26) Antara urusan pinjaman atau pembiayaan Kerajaan yang perlu direkodkan adalah seperti berikut: (i) Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Catatkan sumber pinjaman/ pembiayaan perumahan, jumlah pinjaman/ pembiayaan yang diambil, syarat pembayaran balik (tempohnya, bila bermula dan kadar bayaran bulanan), nombor akaun serta butir-butir dan alamat harta. Catatkan juga nombor rujukan kelulusan daripada Bahagian Pinjaman Perumahan di ruangan “Kebenaran”. (ii) Pinjaman/ Pembiayaan Kenderaan Catatkan sumber pinjaman/ pembiayaan kenderaan, jumlah pinjaman/ pembiayaan yang diambil, syarat pembayaran balik (tempohnya, bila bermula dan kadar bayaran bulanan), nombor akaun serta butir-butir. Catatkan juga nombor rujukan kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia di ruangan “Kebenaran”. (iii) Kemudahan Pinjaman Komputer Catatkan jumlah pinjaman, syarat pembayaran balik (tempoh, tarikh mula membayar dan kadar bayaran bulanan), nombor akaun serta butir-butir, tarikh dan nombor rujukan kelulusan. (iv) Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi Catatkan nama Kelab Rekreasi dan syarat-syarat sekiranya ada, serta nombor rujukan kelulusan. 12. Kenaikan Pangkat (rujuk contoh 11 di muka surat 1-26) Rekodkan gred/jawatan kenaikan pangkat, gaji, mata gaji dan tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat berdasarkan kelulusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan serta Penyata Perubahan Gaji (Kew.8). 13. Pertukaran Biasa (rujuk contoh 12 di muka surat 1-27) Catatkan tarikh kuat kuasa pertukaran dari Jabatan/ Bahagian/ Unit ke Jabatan/ Bahagian/ Unit yang lain serta rujukan kebenaran. 14. Kursus Dalam Perkhidmatan (rujuk contoh 13 di muka surat 1-27) Catatkan nama, tempat dan tempoh berkursus, sama ada penama dibayar gaji semasa berkursus, institusi yang menganjurkan, ada ikatan atau tidak dan nyatakan tempohnya. Nombor rujukan dan surat tawaran berkursus daripada penganjur hendaklah juga dicatatkan di ruangan “Kebenaran”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy