Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-16 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 2. Pengesahan Tarikh Lantikan (rujuk contoh 3 di muka surat 1-23) Rekodkan pengesahan tarikh lantikan sekiranya berkaitan dan rujukan surat Pihak Berkuasa Melantik. 3. Keputusan Tapisan Keselamatan Rekodkan keputusan Tapisan Keselamatan dan nyatakan sama ada tapisan halus atau kasar serta rujukan surat keputusan. 4. Pelanjutan Tempoh Percubaan (rujuk contoh 4 di muka surat 1-23) Rekodkan kelulusan pelanjutan tempoh percubaan, sekiranya ada, serta kuasa yang meluluskan. Nyatakan tempoh pelanjutan, bilangan kali pelanjutan dan sama ada dengan denda atau tanpa denda. 5. Pergerakan Gaji Tahunan (rujuk contoh 5 di muka surat 1-24) Rekodkan keputusan pergerakan gaji oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia agensi dari mata gaji sekarang ke mata gaji baru. 6. Peperiksaan (rujuk contoh 6 di muka surat 1-24) Rekodkan nama peperiksaan, tarikh peperiksaan diduduki, bahagian (tajuk) dan keputusannya. 7. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (rujuk contoh 7 di muka surat 1-25) Rekodkan kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan serta kuasa melulus. Rekodkan juga tarikh disahkan dalam perkhidmatan bagi pegawai yang terlibat dengan urusan pertukaran pelantikan. 8. Pemangkuan Ke Gred/ Jawatan Lebih Tinggi Rekodkan gred/ jawatan yang dipangku berdasarkan kelulusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan. Arahan yang dibuat tanpa kelulusan yang sah walaupun jawatan telah dinaikkan taraf tidak perlu dicatatkan. 9. Pemberian Taraf Berpencen (rujuk contoh 8 di muka surat 1-25) Rekodkan pemberian taraf berpencen dan tarikhnya. 10. Pengisytiharan Harta (rujuk contoh 9 di muka surat 1-25) Catatkan tarikh pengisytiharan harta yang diambil maklum oleh Ketua Jabatan dan rujukan yang berkaitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy