Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-9 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 4. Agama Agama yang dianuti oleh pegawai hendaklah direkodkan. Bagi pegawai yang tidak menganuti mana-mana agama, ruangan tersebut hendaklah dikosongkan. Sekiranya pegawai bertukar agama semasa di dalam perkhidmatannya, maklumat pertukaran agama tersebut hendaklah direkodkan secara berasingan di dalam “Kenyataan Perkhidmatan”. 5. Nombor Sijil Kerakyatan Persekutuan Dan Tarikh Rekodkan nombor Sijil Kerakyatan Persekutuan, sekiranya ada, serta tarikhnya. 6. Nombor Kad Pengenalan/ Passport Nombor kad pengenalan hendaklah direkodkan bagi warganegara dan Penduduk Tetap manakala nombor passport bagi bukan warganegara. 7. Nombor Kumpulan Wang Jaminan Dari Pegawai Kerajaan Kosongkan (tidak berkaitan). 8. Nombor Rancangan Pencen Balu Dan Anak Yatim Kosongkan (tidak berkaitan). 9. Nombor Pendaftaran Kumpulan Wang Simpanan (jika pencarum) Nombor Keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tahun mula mencarum dalam sektor awam perlu direkodkan. Sekiranya pegawai telah mempunyai nombor keahlian sebelum berkhidmat dengan sektor awam, nombor keahlian tersebut hendaklah digunakan dan tarikh mula mencarum adalah tahun mula mencarum semasa berkhidmat dengan sektor awam. 10. Nombor Pendaftaran Cawangan Perkhidmatan Atau Negeri Maklumat dalam ruangan ini tidak perlu direkodkan sekiranya pegawai berkhidmat di ibu pejabat. Maklumat perlu dicatatkan apabila urusan perkhidmatan pegawai seperti pembayaran gaji dibuat di peringkat Bahagian, Cawangan Perkhidmatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah. Nombor Fail Peribadi pegawai di peringkat Bahagian, Cawangan Perkhidmatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah hendaklah direkodkan jika berlainan dengan nombor Fail Peribadi di ibu pejabat seperti di ruangan “Nombor Jabatan”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy