Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-8 BAHAGIAN II MAKLUMAT PERIBADI 5. Bahagian ini dikhaskan untuk merekodkan maklumat peribadi pegawai dan hendaklah direkod sebaik sahaja pegawai melapor diri bertugas. Kaedah Merekod 6. Butir-butir maklumat yang terdapat di dalam “Maklumat Peribadi” dan kaedah merekod adalah seperti berikut: Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Nama Pegawai Nama pegawai hendaklah direkodkan dengan HURUF BESAR dan mengikut ejaan sebenar seperti di dalam kad pengenalan. Ejaan nama tidak boleh dipendekkan. Pindaan nama boleh dibuat setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan berdasarkan dokumen pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Sebarang gelaran yang diperolehi berikutan penganugerahan darjah kebesaran tidak perlu dicatatkan di ruangan ini. Selain pindaan nama direkodkan di dalam “Maklumat Peribadi”, ia juga direkodkan secara berasingan di dalam “Kenyataan Perkhidmatan”. 2. Nombor Jabatan Nombor Jabatan adalah Nombor Fail Peribadi pegawai yang perlu direkodkan apabila pegawai berkhidmat di sesebuah agensi. Nombor ini akan diubah sekiranya pegawai bertukar atau dilantik ke agensi lain. Nombor jabatan yang baru ini juga hendaklah dicatatkan manakala nombor jabatan yang lama hendaklah dipotong (jangan di padam). 3. Tempat Dan Tarikh Dilahirkan Tempat dan tarikh dilahirkan hendaklah direkodkan dengan tepat mengikut hari, bulan dan tahun mengikut sijil kelahiran/surat beranak. Sebarang pindaan kepada tarikh lahir dalam Buku Perkhidmatan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan berdasarkan sijil kelahiran/kad pengenalan pegawai. Selain pindaan tarikh lahir direkodkan di dalam “Maklumat Peribadi”, ia juga direkodkan secara berasingan di dalam “Kenyataan Perkhidmatan”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy