Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-10 Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 11. Waris Dekat Nama dan alamat (termasuk nombor telefon) waris terdekat hendaklah direkodkan dengan lengkap bagi membolehkan waris yang berkenaan dihubungi dengan segera sekiranya berlaku kecemasan atau pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatannya. Rekod hendaklah dicatat dengan pensel supaya nama dan alamat waris yang berkenaan boleh dipinda dan dikemas kini dari semasa ke semasa. Waris dekat dalam konteks Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bermaksud seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau hubungan yang rapat dengan pegawai. 12. Kelayakan Pelajaran Kelayakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan/atau menengah atau yang setaraf dengannya dan tahun diperolehi hendaklah direkodkan dan dikemas kini. 13. Ijazah, Diploma Dan Kelayakan “Profesional” Kelayakan sijil, diploma, ijazah dan kelayakan profesional yang diperolehi oleh pegawai termasuk bidang pengkhususan, institusi dan tahun diperolehi hendaklah direkodkan. Ruangan ini hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya pegawai itu mendapat kelayakan tambahan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy