JPA Daily Buzz - Edisi 13/2025

m/s 4 Menuju Budaya Kerja Sihat dan Bebas Buli Membanteras buli di tempat kerja memerlukan perubahan budaya yang menyeluruh. Ia bukan sekadar membangunkan polisi tetapi juga menanam nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam setiap lapisan organisasi. Budaya saling menghormati perlu dijadikan tunjang utama dalam persekitaran kerja. Tempat kerja yang sihat bukan hanya bebas daripada buli tetapi juga menjadi ruang di mana setiap individu merasa dihargai dan mampu berkembang. Buli di tempat kerja ialah musuh senyap yang mampu merosakkan seluruh ekosistem organisasi. Setiap pihak samada pegawai awam, Ketua Jabatan dan pihak berkepentingan harus memainkan peranan aktif untuk memastikan tempat kerja khususnya dalam sektor awam benar-benar selamat, sihat dan sejahtera. Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy