JPA Daily Buzz - Edisi 13/2025
m/s 1 Edisi 13/ 2025 4 November 2025 Buli kini bukan hanya berkisar dalam persekitaran pendidikan sebaliknya telah menular ke alam pekerjaan. Fenomena ini tidak sekadar berpunca daripada konflik interpersonal tetapi bermula daripada penyalahgunaan kuasa dan kelemahan struktur organisasi. Apa yang dilihat sebagai “gurauan” atau “hal biasa” sebenarnya menyembunyikan luka psikologi yang mendalam. Hakikatnya, buli di tempat kerja akan menjejaskan kesejahteraan mental, produktiviti serta menghakis nilai kemanusiaan dan profesionalisme dalam organisasi. Buli di tempat kerja merupakan tindakan berulang yang bersifat menindas, tidak beretika dan melanggar nilai kemanusiaan sama ada dilakukan oleh individu atau kumpulan terhadap rakan sekerja. Perbuatan ini bukan sekadar mencetuskan tekanan emosi tetapi turut menjejaskan maruah, meruntuhkan kesejahteraan psikologi serta meninggalkan kesan mendalam terhadap motivasi dan prestasi di tempat kerja. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz SENYUMAN PAHIT, HATI BERDARAH: REALITI BULI DI TEMPAT KERJA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy