Sebelum permohonan pembaharuan lesen dibuat, pengguna perlu membuat semakan sama ada
menggunakan nombor akaun lama lesen, nombor akaun baru lesen, nombor kad pengenalan
pendaftar atau nombor pendaftaran syarikat. Tujuan semakan ini dibuat adalah untuk
mengenalpasti sama ada pelesen sudah mempunyai akaun lesen atau pun tidak di MPK.
Nama pelesen akan dipaparkan sebagai pengesahan sebelum masuk ke dalam sistem. Nombor
kad pengenalan akan digunakan sebagai kata
log
masuk ke dalam sistem, selaras dengan saranan
kerajaan untuk menggunakan kad pengenalan sebagai inisiatif penggunaan MyID.




