INOVASI
FAST AND EASY LICENSES AND PERMITS (FELP
S
) DAN e-LESEN
MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
LATARBELAKANG
Berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), peniaga perlu mendapatkan
lesen premis perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan sebarang aktiviti
perniagaan. Lesen tersebut bertujuan mengawal aktiviti perniagaan selari dengan perancangan
pembangunan bandar. Sehingga Disember 2011, Kuantan mempunyai lebih kurang 17,500
pegangan lesen dan dianggarkan akan meningkat kepada 27,000 menjelang tahun 2020.
Proses permohonan dan kelulusan lesen melibatkan prosedur yang panjang dan merumitkan.
Pemohon perlu membuat permohonan dan urusan di kaunter iaitu mengisi borang permohonan
lesen premis perniagaan, menyedia maklumat perniagaan dan mengemukakan permohonan.
Permohonan tersebut kemudiannya akan melalui proses semakan dokumen, lawatan tapak,
penyediaan dokumen berkaitan dan kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan.
Pemakluman kelulusan dikeluarkan kepada pemohon untuk proses bayaran dan selepas itu baru
lesen dikeluarkan. Ia bukan sahaja mengambil masa 21 hari malah memerlukan pemohon datang
berulang kali ke kaunter MPK. Bilangan pelesen yang ramai menyebabkan kesesakan yang teruk
di kaunter terutamanya pada bulan Disember iaitu semasa pelesen memperbahurui Lesen Premis
Perniagaan.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Menyedari keadaan ini, MPK telah melaksanakan BPR bagi Proses Permohonan dan Kelulusan
Lesen. Ianya melalui 2 peringkat pelaksanaan iaitu
Fast and Easy Licenses and Permits
(FELPs)
dan Proses Permohonan Dan Kelulusan Lesen Secara Atas Talian (eLesen).
Fast and Easy Licenses and Permits
(FELPs)


