HASIL INOVASI YANG RELEVAN
Sistem eLesen ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa yang berprestij iaitu
The
Innovation of The Year
dan
The Future City of The Year
dalam
The FutureGov Awards 2012.
Pemilihan oleh badan dunia ini membuktikan bahawa eLesen adalah sangat relevan kepada
keperluan semasa
Menyediakan perkhidmatan yang memudahkan pelanggan
Penggunaan Sistem eLesen dapat menjimatkan masa pengguna kerana tidak perlu datang ke
kaunter Majlis Perbandaran Kuantan untuk membuat permohonan, pembayaran dan
mendapatkan lesen. Peniaga boleh mengakses sistem ini melalui internet sama ada dari premis
perniagaan, rumah atau di mana jua termasuk dari luar negara.
Membantu meningkatkan ekonomi
Proses pengeluaran lesen premis perniagaan yang efisien ini telah menarik ramai peniaga dan
pelabur dari luar kerana dapat memulakan perniagaan dengan mudah dan cepat. Peningkatan
jumlah pelesen telah membantu meningkatkan ekonomi bandar Kuantan. Penggunaan yang
meluas di Malaysia tentunya dapat merancakkan ekonomi negara.
Memperkasakan e-Government
Penggunaan inovasi e-Lesen adalah sangat relevan dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan
e-Government. Sistem ini akan diperluaskan dengan
cloud computing
bagi memudahkan
perkongsian data dan maklumat antara Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia serta agensi-agensi
lain yang berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan
lain-lain.




