JPA Daily Buzz - Edisi 56 2026

m/s 1 Dari Mesin Taip ke Papan Kekunci. Kisah di Sebalik Jari Kita Hari ini, mari kita berhenti seketika dan melihat sesuatu yang kita gunakan hampir setiap hari. Papan kekunci kita. Kita menaip e-mel, mesej dan laporan. Kadangkala berjam-jam lamanya. Namun, jarang sekali kita berhenti dan bertanya, “Mengapa susunan papan kekunci kita seperti ini?”. Susunan yang kita gunakan hari ini iaitu QWERTY bermula sejak tahun 1870-an. Ia direka untuk mesin taip mekanikal. Pada waktu itu, menaip terlalu laju akan menyebabkan masalah. Setiap kekunci disambungkan kepada lengan logam. Jika ditekan terlalu pantas, lengan-lengan ini akan bertembung dan tersekat. Maka, susunan kekunci direka untuk memperlahan sedikit kelajuan menaip . Cukup untuk mengelakkan mesin daripada rosak. Teknologi telah berubah. Mesin taip tidak lagi mekanikal. Papan kekunci kini digital. Peranti semakin pantas, pintar dan efisien. Tetapi susunannya? Masih sama. 29 April 2026 Edisi 56/ 2026 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Kru Buzz

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy