|
Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026
|
2 |
|
Sebagai manifestasi kepada komitmen ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah menganjurkan Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026. Program telah berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, telah menjadi mercu tanda penting dalam kalendar reformasi pentadbiran negara.
|
2 |
|
Dengan tema yang telah dimuktamadkan iaitu "Inovasi MADANI, Pemacu Reformasi", program ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama:
|
2 |
|
Meraikan Kecemerlangan: Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi agensi sektor awam yang telah memberikan impak tinggi.
|
2 |
|
Menggalakkan Perkongsian: Menyediakan platform untuk perkongsian hasil inovasi merentasi agensi bagi memastikan amalan terbaik dapat direplikasi.
|
2 |
|
Memperkukuh Iltizam: Memantapkan tekad pegawai awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang berpaksikan kesejahteraan rakyat.
|
2 |
|
Program ini telah menerima kehadiran seramai 800 orang jemputan, termasuk penglibatan pemimpin tertinggi seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Audit Negara serta Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggiat inovasi sektor awam.
|
2 |
|
Evolusi Instrumen Pentadbiran: Pengenalan "Kompas Pembaharuan"
|
2 |
|
Salah satu acara kemuncak dalam program tersebut adalah peluncuran dokumen dasar baharu yang revolusioner, iaitu "Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam". Dokumen ini direka khusus untuk menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) yang sedia ada.
|
2 |
|
Mengapa PKPA Perlu Diganti?
|
2 |
|
Keputusan memperkenalkan Pekeliling Pembaharuan berpunca daripada cabaran realiti semasa yang dihadapi oleh pegawai awam:
|
2 |
|
Kekakuan Prosedur: Pekeliling konvensional seringkali terlalu panjang, preskriptif, dan sukar diterjemahkan kepada tindakan pantas.
|
3 |
|
Fokus Pematuhan vs Outcome: Pendekatan lama lebih menekankan aspek pematuhan peraturan berbanding keberhasilan sebenar yang dirasai oleh rakyat.
|
3 |
|
Ketidaklanjutan: Model arahan statik didapati tidak lagi memadai untuk menyokong reformasi sektor awam yang bersifat dinamik dan pantas berubah mengikut teknologi.
|
3 |
|
Ciri Unik Pekeliling Pembaharuan
|
3 |
|
Berbeza dengan PKPA, Pekeliling Pembaharuan berfungsi sebagai dokumen induk yang menetapkan hala tuju, prinsip, dan hasil yang ingin dicapai secara strategik.
|
3 |
|
Pendekatan Modular: Ia terdiri daripada Dokumen Induk yang stabil dan Instrumen Operasi (seperti playbook atau toolkit) yang boleh dikemas kini secara berkala dan pantas tanpa perlu mengeluarkan pekeliling baharu secara keseluruhan.
|
3 |
|
Berorientasikan Outcome: Fokus utama dialihkan kepada kesejahteraan dan kepercayaan rakyat. Setiap inisiatif kini diukur berdasarkan impak sosial dan pengalaman pelanggan, bukan sekadar proses kerja dalaman organisasi.
|
3 |
|
Penyelarasan Merentas Agensi: Kompas ini memastikan penjajaran antara dasar peringkat tinggi seperti RMK-13, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), dan Akta Iltizam dengan pelaksanaan di peringkat operasional.
|
3 |
|
Dua dokumen pekeliling dasar baharu yang telah diperincikan di bawah kerangka ini merangkumi:
|
4 |
|
Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam; dan
|
4 |
|
Pembudayaan Inovasi Sektor Awam.
|
4 |
|
Pengisian Program: Membudayakan Kreativiti dan Empathy
|
4 |
|
Sesi "InnovaShare": Sesi perkongsian yang menggunakan format ringkas dan menarik seperti TED Talk untuk menarik minat audiens dan menggambarkan semangat reformasi dalam penyampaian maklumat.
|
4 |
|
Sesi Aspirasi oleh UN DESA: Perkongsian trend global inovasi sektor awam daripada Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
|
4 |
|
Pameran Interaktif & "Gallery Walk": Sebanyak 22 kementerian dan agensi akan mempamerkan produk atau perkhidmatan inovasi yang telah memenangi anugerah dan memberikan impak besar kepada reformasi perkhidmatan.
|
4 |
|
"Wall of Ideas": Ruang khas (kanvas besar) disediakan bagi membolehkan para peserta mencatatkan idea-idea inovatif secara spontan, mencerminkan budaya kolaboratif dan keterbukaan.
|
4 |
|
Sesi Podcast: Pendekatan media baharu digunakan untuk membincangkan dasar dan inovasi bagi menarik minat generasi muda pegawai awam yang memiliki kelancaran digital.
|
4 |
|
Anjakan Budaya: Daripada Red Tape kepada Red Carpet
|
4 |
|
Perubahan yang paling mendalam dalam era MADANI ini adalah anjakan budaya.
|
4 |
|
Stereotaip birokrat yang tidak peduli (apathetic) sedang diruntuhkan secara aktif. Pegawai awam kini dilatih untuk menggunakan kaedah "Design Thinking" bagi memahami dan merasai denyut nadi rakyat (rakyat’s shoes). Inovasi tidak lagi dilihat sebagai projek sampingan, tetapi sebagai tanggungjawab utama untuk memurnikan perkhidmatan awam dari peringkat akar umbi.
|
4 |
|
Kecemerlangan kini tidak lagi diukur hanya melalui kepantasan transaksi semata-mata, tetapi melalui kualiti penglibatan awam dan sejauh mana perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan manusia yang sebenar.
|
4 |
|
Dr. Yap Hock Ann
|
5 |
|
Bahagian Reformasi Sektor Awam
|
5 |
|
Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026: A Platform for Change
|
7 |
|
To solidify this commitment to innovation, the Public Service Department (JPA) hosted the Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026. This program serves as a strategic collaboration between JPA and the Selangor State Secretary's Office.
|
7 |
|
Program Details:
|
7 |
|
Date: 14 April 2026 (Tuesday).
|
7 |
|
Time: 8:00 a.m – 5:00 p.m
|
7 |
|
Venue: MBSA Convention Centre, Shah Alam, Selangor.
|
7 |
|
Theme: "Inovasi MADANI, Pemacu Reformasi".
|
7 |
|
Target Audience: Approximately 800 guests, including representatives from Ministries, State Secretary Offices (PSUK), and Local Authorities (PBT).
|
7 |
|
The program has celebrated the excellence of public sector innovation, encourage the sharing of innovative results across agencies, and strengthen the commitment to innovation in service delivery focused on rakyat well-being.
|
7 |
|
The Launch of the "Reform Circular": A New Era of Administration
|
7 |
|
A key highlight of the event is the launch of the "Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam" (Public Sector Reform Circular). This new administrative instrument is designed to replace the long-standing Public Administration Development Circular (PKPA).
|
7 |
|
Why Move Beyond PKPA?
|
7 |
|
The shift to the Reform Circular is necessitated by current challenges:
|
7 |
|
Conventional Limitations: Traditional circulars are often too long, prescriptive, and difficult to translate into immediate action.
|
7 |
|
Compliance vs. Outcome: Older models focus heavily on process compliance rather than actual outcomes for the rakyat.
|
7 |
|
Bureaucratic Burden: Static instructions create a burden that hinders agility in the face of rapid technological changes.
|
7 |
|
What Makes the Reform Circular Different?
|
7 |
|
The Reform Circular is a "living document" that links strategic, tactical, and operational dimensions.
|
7 |
|
Outcome-Oriented: It shifts the focus to "what needs to be achieved"—specifically the well-being and trust of the rakyat.
|
8 |
|
Dynamic and Modular: While the core document remains stable, specific "operational instruments" (toolkits, playbooks, and guides) can be updated rapidly and periodically.
|
8 |
|
Integrated Ecosystem: It aligns public service reform with national agendas such as the 13th Malaysia Plan (RMK-13), the Public Service Reform Agenda (ARPA), and the Akta Iltizam.
|
8 |
|
During the program, two new policy circulars under this framework being launched:
|
8 |
|
Public Sector Administration Reform; and
|
8 |
|
Cultivating Public Sector Innovation.
|
8 |
|
Program Highlights: Engaging the Workforce
|
8 |
|
The event is structured to be interactive and thought-provoking, moving away from traditional rigid formats:
|
8 |
|
InnovaShare Sessions: Sharing sessions will utilise a "TED Talk" format—brief, engaging presentations designed to capture the audience's attention and illustrate reform in action.
|
8 |
|
Global Perspectives: A pre-recorded session by the United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA) will discuss global trends in public sector innovation.
|
8 |
|
Dr. Yap Hock Ann
|
9 |