JPA Daily Buzz - Edisi 55 2026
m/s 4 Stereotaip birokrat yang tidak peduli ( apathetic ) sedang diruntuhkan secara aktif. Pegawai awam kini dilatih untuk menggunakan kaedah "Design Thinking" bagi memahami dan merasai denyut nadi rakyat ( rakyat’s shoes ). Inovasi tidak lagi dilihat sebagai projek sampingan, tetapi sebagai tanggungjawab utama untuk memurnikan perkhidmatan awam dari peringkat akar umbi. Kecemerlangan kini tidak lagi diukur hanya melalui kepantasan transaksi semata- mata, tetapi melalui kualiti penglibatan awam dan sejauh mana perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan manusia yang sebenar. Dua dokumen pekeliling dasar baharu yang telah diperincikan di bawah kerangka ini merangkumi: Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam; dan Pembudayaan Inovasi Sektor Awam. Pengisian Program: Membudayakan Kreativiti dan Empathy Sesi "InnovaShare": Sesi perkongsian yang menggunakan format ringkas dan menarik seperti TED Talk untuk menarik minat audiens dan menggambarkan semangat reformasi dalam penyampaian maklumat. Sesi Aspirasi oleh UN DESA: Perkongsian trend global inovasi sektor awam daripada Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pameran Interaktif & "Gallery Walk": Sebanyak 22 kementerian dan agensi akan mempamerkan produk atau perkhidmatan inovasi yang telah memenangi anugerah dan memberikan impak besar kepada reformasi perkhidmatan. "Wall of Ideas": Ruang khas (kanvas besar) disediakan bagi membolehkan para peserta mencatatkan idea-idea inovatif secara spontan, mencerminkan budaya kolaboratif dan keterbukaan. Sesi Podcast: Pendekatan media baharu digunakan untuk membincangkan dasar dan inovasi bagi menarik minat generasi muda pegawai awam yang memiliki kelancaran digital. Anjakan Budaya: Daripada Red Tape kepada Red Carpet Perubahan yang paling mendalam dalam era MADANI ini adalah anjakan budaya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy