JPA Daily Buzz - Edisi 55 2026

m/s 3 Kekakuan Prosedur: Pekeliling konvensional seringkali terlalu panjang, preskriptif, dan sukar diterjemahkan kepada tindakan pantas. Fokus Pematuhan vs Outcome : Pendekatan lama lebih menekankan aspek pematuhan peraturan berbanding keberhasilan sebenar yang dirasai oleh rakyat. Ketidaklanjutan: Model arahan statik didapati tidak lagi memadai untuk menyokong reformasi sektor awam yang bersifat dinamik dan pantas berubah mengikut teknologi. Ciri Unik Pekeliling Pembaharuan Berbeza dengan PKPA, Pekeliling Pembaharuan berfungsi sebagai dokumen induk yang menetapkan hala tuju, prinsip, dan hasil yang ingin dicapai secara strategik. Pendekatan Modular: Ia terdiri daripada Dokumen Induk yang stabil dan Instrumen Operasi (seperti playbook atau toolkit ) yang boleh dikemas kini secara berkala dan pantas tanpa perlu mengeluarkan pekeliling baharu secara keseluruhan. Berorientasikan Outcome : Fokus utama dialihkan kepada kesejahteraan dan kepercayaan rakyat. Setiap inisiatif kini diukur berdasarkan impak sosial dan pengalaman pelanggan, bukan sekadar proses kerja dalaman organisasi. Penyelarasan Merentas Agensi: Kompas ini memastikan penjajaran antara dasar peringkat tinggi seperti RMK-13, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), dan Akta Iltizam dengan pelaksanaan di peringkat operasional.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy