JPA Daily Buzz - Edisi 55 2026

m/s 2 Evolusi Instrumen Pentadbiran: Pengenalan "Kompas Pembaharuan" Salah satu acara kemuncak dalam program tersebut adalah peluncuran dokumen dasar baharu yang revolusioner, iaitu "Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam" . Dokumen ini direka khusus untuk menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) yang sedia ada. Mengapa PKPA Perlu Diganti? Keputusan memperkenalkan Pekeliling Pembaharuan berpunca daripada cabaran realiti semasa yang dihadapi oleh pegawai awam: Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 Sebagai manifestasi kepada komitmen ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA) telah menganjurkan Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 . Program telah berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam , telah menjadi mercu tanda penting dalam kalendar reformasi pentadbiran negara. Dengan tema yang telah dimuktamadkan iaitu "Inovasi MADANI, Pemacu Reformasi" , program ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama: Meraikan Kecemerlangan: Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi agensi sektor awam yang telah memberikan impak tinggi. Menggalakkan Perkongsian: Menyediakan platform untuk perkongsian hasil inovasi merentasi agensi bagi memastikan amalan terbaik dapat direplikasi. Memperkukuh Iltizam: Memantapkan tekad pegawai awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang berpaksikan kesejahteraan rakyat. Program ini telah menerima kehadiran seramai 800 orang jemputan, termasuk penglibatan pemimpin tertinggi seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Audit Negara serta Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggiat inovasi sektor awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy