JPA Daily Buzz - Edisi 4 2026

page 1 8 April 2026 Behind every story, there is a team that works with heart. The Pulsekeeper Dr. Diyana Hassim The VisionWhisperer Norazizul The Pixel Alchemist Sabrina The Buzz Architect Lidyawati The Buzzkeeper Nurfazlina The Light Catcher Syukran The Buzz Crew Baru-baru ini, saya mencari buku baharu untuk dibaca. Ketika saya berumur 12 tahun, bapa memperkenalkan saya kepada buku Sufi Healing . Kemudian arwah ibu pula membelikan Eat Right for Your Blood Type . Buku-buku ini membentuk cara saya melihat kesihatan bukan sekadar fizikal, tetapi juga rohani. Hari ini, saya kembali mencari sesuatu yang sama tetapi dari sudut yang berbeza. Alhamdulillah, saya terjumpa perbincangan klasik dalam karya Imam Ibn al-Qayyim, khususnya dalam Zad al- Ma’ad dan Al-Tibb al-Nabawi, yang menghuraikan amalan pemakanan dan gaya hidup Rasulullah ﷺ . Daripada situ, saya mula berfikir tentang sesuatu yang jarang kita beri perhatian iaitu buah pinggang . Setiap hari, buah pinggang kita memproses kira-kira 180 liter cecair daripada darah. Tanpa kita minta. Tanpa kita sedar dan tanpa kita ucap terima kasih. Kita sering berkata fungsi buah pinggang sebagai penapis. Tetapi itu sebenarnya lebih daripada itu. Buah pinggang: mengawal keseimbangan cecair; menstabilkan sodium, potassium dan kalsium; membantu mengawal tekanan darah; menyokong penghasilan sel darah merah; dan menjaga keseimbangan asid dan alkali dalam badan Setiap saat, ia membuat keputusan seperti apa perlu disimpan dan apa perlu dibuang. Secara senyap. Tepat. Konsisten. Perubatan moden telah berkembang dengan sangat pesat. Namun mesin dialisis walaupun sangat membantu hanya mampu menggantikan sebahagian kecil fungsi buah pinggang. Ini membawa kita kepada satu kesedaran iaitu: tubuh manusia bukan sekadar sistem biologi biasa; dan ia adalah satu sistem yang sangat kompleks dan teratur 180 Liter Sehari, 180 Liter Sehari, Tetapi Kita Tetapi Kita Tidak Pernah Tidak Pernah Sedar Sedar Edisi 45/ 2026

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy