Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Kementerian/ jabatan/ agensi boleh mengenakan syarat tambahan bagi tujuan pengawalan permohonan. Pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak untuk memohon kemudahan ini sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi. Kemudahan pemberian awal award wang tunai GCR ini turut dipanjangkan kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan MyPPSM Ceraian PP.1.3.4. Penerimaan wang tunai GCR ini merupakan sebahagian daripada pendapatan kasar penggajian di bawah perenggan 13(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh itu, penerimaan tersebut boleh dikenakan cukai sebagai pendapatan penggajian di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tersebut. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 27,202 permohonan daripada pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi persekutuan telah dikemukakan ke JPA. Namun, berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh JPA dan agihan peruntukan kewangan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, sebanyak 6,175 permohonan telah berjaya diluluskan. Manakala bagi agensi di peringkat Kerajaan Negeri, sebanyak 72 permohonan telah dikemukakan kepada JPA. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 67 permohonan telah berjaya diluluskan. The ministry/ department/ agency may impose additional conditions for the purpose of application control. Officers who choose the EPF Scheme are also eligible to apply for this facility if the prescribed conditions have been met. This GCR cash award facility is also extended to all State Public Service agencies, Statutory Authorities and Local Authorities, subject to the acceptance of MyPPSM Attachment PP.1.3.4. This GCR cash receipt is part of the gross employment income under paragraph 13(1)(a) of the Income Tax Act 1967. Therefore, the said receipt can be taxed as employment income under the Income Tax Act 1967. Throughout the year 2022, a total of 27,202 applications from various ministries/ departments/ federal agencies have been submitted to PSD. However, based on the conditions set by PSD and the distribution of financial allocations from the Ministry of Finance, a total of 6,175 applications were successfully approved. While for agencies at the State Government level, a total of 72 applications have been submitted to PSD. From that number, a total of 67 applications have been approved. Sepanjang tahun 2022, Bahagian Pencen dijemput menyertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dan bertugas membuka kaunter khidmat pelanggan. Kaunter ini menyediakan perkhidmatan rundingan berkenaan urusan persaraan dan perkhidmatan mencetak gantian kad pesara yang telah rosak mahupun hilang. Seramai 867 orang pengunjung telah hadir dan terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat, bakal-bakal pesara, pesara Kerajaan serta waris pesara. Program yang disertai Bahagian Pencen melibatkan beberapa lokasi dengan jumlah kehadiran pengunjung seperti berikut: Throughout 2022, the Pension Division participated in the Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Programme and was tasked with operating a customer service counter. The counter provided consultation services regarding retirement matters and printing services to replace damaged or lost retiree cards. A total of 867 visitors attended the event consisting of Government officials currently serving, prospective retirees, Government retirees and heirs of retirees. The programme that the Pension Division had participated involved several locations such as the following: PENYERTAAN BAHAGIAN PENCEN DALAM PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA PARTICIPATION OF THE PENCEN DIVISION IN THE "JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA" PROGRAMME 93 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy