Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

BAHAGIAN PENCEN (BP) PENSION DIVISION Gantian Cuti Rehat Dinaikkan Daripada Maksimum 150 Hari Ke 160 Hari Sebagai menghargai jasa anggota perkhidmatan awam, Kerajaan melalui Belanjawan 2022 telah bersetuju supaya maksimum gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan daripada 150 hari kepada 160 hari. Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) merupakan wang tunai yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. Pada 29 Oktober 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan kemudahan penebusan awal GCR sebanyak 50 peratus atau 80 hari. Pelaksanaan dan syarat permohonan telah diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PP.1.3.4. Inisiatif ini juga telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Pemberian ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: a) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun; b) telah mencapai umur 45 tahun; c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari; d) pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan; e) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan f) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Annual Leave Compensation Increased From Maximum 150 Days To 160 Days In appreciation of the services by the civil servants, the Government has agreed in Budget 2022 to increase the maximum annual leave compensation (GCR) from 150 days to 160 days. Early Redemption of Leave Compensation Cash Award (GCR) Annual Leave Compensation Cash Award (GCR) is cash given to civil servants who do not have the opportunity to use their annual leave due to the importance of service. On 29 October 2021, the Government announced the implementation of the GCR early redemption benefit allowing a maximum of 50 percent from the total GCR allowable or 80 days to be redeemed. The implementation and application conditions have been detailed out in the Human Resources Service Circular (MyPPSM) Attachment PP.1.3.4. This initiative has also come into force from 1 January 2022. This award is subject to the following conditions: a) the period of service that can be taken into account must not be less than 15 years; b) has reached the age of 45; c) the amount of GCR accumulated before redemption must be at least 80 days; d) the initial GCR cash award can only be made ONCE throughout the service period; e) free from any criminal proceedings or disciplinary action; and f) endorsed by the Head of Department. PENAMBAHBAIKAN FAEDAH PERSARAAN TAHUN 2022 ENHANCEMENT OF RETIREMENT BENEFITS FOR THE YEAR 2022 92 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy