Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

(b) Pada tahun 2022, sebanyak 712 permohonan lengkap telah diterima yang kemudiannya disaring lanjut termasuklah temu duga yang telah dilaksanakan pada 15-19 Ogos 2022. Setelah penelitian dibuat oleh Jawatankuasa Hadiah Latihan Persekutuan (JKHLP), seramai 385 pegawai pelbagai skim telah ditawarkan HLP pada tahun 2022 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ph.D dan Sarjana. (iii) Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Selain daripada program penajaan bagi pengajian secara sepenuh masa, penajaan turut disediakan kepada pegawai yang mengikuti pengajian Ph.D atau Sarjana secara separuh masa yang mana dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB). Pada tahun 2022, program HLPSB telah ditawarkan kepada 65 pegawai pelbagai skim perkhidmatan dan bidang pengajian. Kelayakan di bawah program HLPSB adalah meliputi bayaran yuran pengajian, elaun buku dan elaun tesis (sekiranya berkaitan). (iv) Specialty Program for Alcohol and Drug Abuse (SPADA) Program SPADA merupakan program penajaan khas yang dikhususkan kepada pegawai-pegawai daripada kalangan skim perkhidmatan yang berkaitan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan membangunkan kemahiran/ kepakaran pegawai dalam aspek pengendalian, pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah selaras dengan Dasar Dadah Negara. Dua (2) buah universiti sahaja yang terlibat secara khusus di bawah program SPADA ini iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui dua peringkat pengajian iaitu Diploma Siswazah dan Sarjana. Pada tahun 2022, seramai 29 pegawai telah ditawarkan program SPADA iaitu 14 pegawai mengikuti pengajian di USIM manakala baki 15 pegawai mengikuti pengajian di UMS. (v) Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) (a) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) turut tidak ketinggalan dan berpeluang untuk meningkatkan tahap kalayakan akademik masing-masing melalui progam PPKP. Program PPKP terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu untuk pengajian secara Sepenuh Masa dan juga Separuh Masa. (b) In 2022, a total of 712 completed applications were received, which were subsequently screened, including interviews conducted from August 15-19 August 2022. After careful consideration by the Federal Training Award Committee (JKHLP), a total of 385 officers from various schemes were offered the HLP for the year 2022 to pursue Ph.D. and Master's level studies. (iii) Half Scholarship Federal Training Award (HLPSB) In addition to sponsorship programmes for fulltime studies, sponsorship is also provided to officers pursuing Ph.D. or Master's studies on a part-time basis, known as the Half Scholarship Federal Training Award (HLPSB). In the year 2022, the HLPSB programme was offered to 65 officers from various service schemes and fields of study. Eligibility under the HLPSB programme includes tuition fees, book allowances, and thesis allowances (if applicable). (iv) Specialty Program for Alcohol and Drug Abuse (SPADA) The SPADA programme is a special sponsorship programme specifically designed for officers from relevant service schemes with the aim of enhancing their knowledge and developing their skills/ expertise in the aspects of drug handling, prevention, enforcement, treatment, and recovery in line with the National Drug Policy. Only two universities are specifically involved in the SPADA programme, namely Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and Universiti Malaysia Sabah (UMS), offering two levels of study, which are Graduate Diploma and Master's degree. In the year 2022, a total of 29 officers were offered the SPADA programme, with 14 officers pursuing their studies at USIM, while the remaining 15 officers were enrolled at UMS. (v) Implementation Group Sponsorship Programme (PPKP) (a) The Group Executives (PKP) officers are also not left behind and have the opportunity to enhance their academic qualifications through the PPKP programme. The PPKP programme is divided into 2 categories, which are for full-time and parttime studies. 89 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy