Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

(b) PKP yang ditaja di bawah program PPKP ini hanya boleh mengikuti pengajian sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau Ijazah Pertama. Pada tahun 2022, sejumlah 107 pegawai telah berjaya ditawarkan program PPKP dalam pelbagai peringkat dan mod pengajian. (vi) Advanced Management Program (AMP) Program AMP merupakan kursus jangka pendek yang dikhususkan kepada pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pegawai dari aspek kepimpinan dan pengurusan selaku bakal pemimpin organisasi/ perkhidmatan pada masa hadapan. Kursus-kursus yang dianjurkan adalah berimpak tinggi dengan penyedia latihan yang berprofil tinggi seperti Harvard Business School, Melbourne Business School, Razak School of Goverment dan sebagainya. Seramai 169 pegawai JUSA telah mengikuti program AMP sepanjang tahun 2022 sama ada di dalam dan luar negara. (vii) Program LEAD4FUTURE Program LeaD4Future merupakan program latihan jangka pendek bertujuan untuk melengkapkan dan membangunkan pelapis kepimpinan masa hadapan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang sesuai ke arah pelaksanaan fungsi organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Kursus jangka pendek ini ditawarkan kepada semua penjawat awam pelbagai gred dan pelbagai skim perkhidmatan yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Kursus tersebut diadakan sepanjang tahun di dalam dan luar negara. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 938 slot penyertaan telah berjaya dicapai yang melibatkan kursus jangka pendek di dalam dan luar negara. (viii) Program Sangkutan (a) Program sangkutan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pegawai mempelajari budaya dan persekitaran kerja serta amalan terbaik di sektor korporat atau awam di negara luar. Pada tahun 2022, seramai 45 pegawai telah dihantar untuk mengikuti program sangkutan ini iaitu: (b) PKP officers sponsored under the PPKP programme can only pursue studies at the level of the Malaysian Skills Certificate, Malaysian Skills Diploma, Diploma, or Bachelor's degree. In the year 2022, a total of 107 officers were successfully offered the PPKP programme at various levels and study modes. vi) Advanced Management Program (AMP) The AMP programme is a short-term course specifically designed for Senior Public Service Officers (JUSA) with the aim of enhancing their knowledge and competencies in leadership and management, preparing them to become future leaders of organisations or services. The courses organised under AMP are high-impact, and training providers include prestigious institutions such as Harvard Business School, Melbourne Business School, Razak School of Government, and others. In the year 2022, a total of 169 JUSA officers participated in the AMP programme, both domestically and internationally. (vii) LEAD4FUTURE Programme The LeaD4Future programme is a short-term training programme aimed at equipping and developing future leadership talent with the appropriate attitudes, skills, and knowledge to effectively perform organisational functions and deliver services. This short-term course is offered to civil servants of various grades and service schemes who meet the specified criteria. The courses are conducted throughout the year, both domestically and internationally. In the year 2022, a total of 938 participation slots were successfully achieved, involving short-term courses held both domestically and abroad. (viii) Engagement Programme (a) The engagement programmes implemented aim to provide exposure and experience for officers to learn about the culture, work environment, and best practices in the corporate or public sector in foreign countries. In the year 2022, a total of 45 officers were sent to participate in these engagement programmes, including: 90 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy