Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

(e) Economic Partnership Programme (EPP), Young Leaders TrainingProgramme, and Cost-Sharing Short-Term Courses organised by the Japan International Cooperation Agency (JICA) - 91 participants (f) Training Programme for Instructors at the Institute of Public Administration (ILA) - 2,165 participants (i) Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA) (a) The Yang di-Pertuan Agong Scholarship (BYDPA), also known as the King's Scholarship, is a highly prestigious scholarship in Malaysia. BYDPA is open to all qualified Malaysian citizens who wish to pursue Master's or Ph.D. studies in the fields of Science & Technology, Economics, Law, or Islamic Finance at research universities within the country or among the top 20 ranked universities worldwide. (b) The eligibility criteria and screening process for BYDPA are very rigorous, where candidates are interviewed by a panel consisting of academic experts, field specialists, or representatives from professional bodies who are skilled and experienced in their respective fields. Candidates certified by the interview panel are then scrutinised by the BYDPA Committee before the final selection of 12 BYDPA recipients is made and formally presented to the Conference of Rulers. (c) The BYDPA Award Ceremony for successful recipients is presided over by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPB YDPA). In 2022, the ceremony took place at the National Palace on June 29, 2022, and was attended by the Top Management of the Public Service Department (PSD). (ii) Federal Training Award (HLP) (a) The Federal Training Award (HLP) is a scholarship allocated to the Management and Professional Group (P&P) Officers to pursue full-time Master's or Ph.D. studies. The primary objective of the HLP programme is to enhance the skills/ expertise and knowledge of the officers to then further improve the organisation and enhance the quality of service delivery. (e) Program Perkongsian Ekonomi (Economic Partnership Program-EPP), Program Latihan Belia Muda (Young Leaders Program) dan CostSharing Kursus Jangka Pendek anjuran Japan International Cooperation Agency (JICA) – 91 orang (f) Program Latihan bagi Tenaga Pengajar di Institut Latihan Awam (ILA) – 2,165 orang (i) Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) (a) Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) atau dikenali sebagai King's Scholarship merupakan biasiswa yang sangat berprestij di Malaysia. BYDPA terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan yang ingin mengikuti pengajian Sarjana atau Ph.D dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undangundang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan dalam negara atau universiti terkemuka dunia yang berada di kedudukan 20 teratas. (b) Syarat dan saringan bagi BYDPA amatlah ketat yang mana calon-calon akan ditemuduga oleh panel daripada kalangan ahli akademik, pakar bidang atau wakil badan profesional yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Calon-calon yang diperakukan oleh panel temu duga kemudiannya akan diteliti oleh Jawatankuasa BYDPA sebelum 12 calon penerima BYDPA dipilih untuk disembah maklum dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. (c) Majlis Penganugerahan BYDPA kepada para penerima yang berjaya akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPB YDPA). Pada tahun 2022, majlis tersebut telah diadakan di Istana Negara pada 29 Jun 2022 yang mana turut dihadiri oleh pihak Pengurusan Tertinggi JPA. (ii) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) (a) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan biasiswa yang disediakan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk melanjutkan pengajian ke Sarjana atau Ph.D secara sepenuh masa. Objektif utama program HLP ini adalah meningkatkan kemahiran/ kepakaran dan ilmu pengetahuan pegawai bagi menambah baik organisasi serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. 88 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy