Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Program secara tahunan ini merupakan lanjutan daripada program-program yang telah dilaksanakan kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi bermula dari tahun 2016. Program ini telah dijayakan dengan kolaborasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia. Program telah dilaksanakan dalam format taklimat daripada panel-panel yang dijemput. Sebanyak 4 sesi taklimat telah dilaksanakan melibatkan 8 orang panel daripada agensi-agensi terlibat. Seramai 315 orang telah menghadiri Program Reorientasi 2022 melibatkan 35.7% pelajar bidang perubatan, 48.3% bidang pergigian dan 16% bidang farmasi. This annual programme is a continuation of programmes that have been implemented for medical, dental, and pharmacy graduates since 2016. The programme was successfully organised in collaboration with the Public Service Commission, the Ministry of Health Malaysia, the Malaysian Medical Council, the Malaysian Dental Council, and the Malaysian Pharmacy Board. The programme was conducted in the form of presentations by invited panels. A total of 4 briefing sessions were conducted involving 8 panelists from the relevant agencies. A total of 315 participants attended the 2022 Reorientation Programme, consisting of 35.7% medical students, 48.3% dental students, and 16% pharmacy students. 77 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy