Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Majlis Anugerah Dirgahayu (MAD) 2022 yang diadakan pada 6 November 2022 di Four Seasons Hotel Seoul merupakan acara kemuncak yang dianjurkan secara tahunan untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan serta meraikan kejayaan pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian di Republik Korea. Program ini juga merupakan satu platform bagi pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Pejabat PPL Seoul untuk menyampaikan hasrat dan amanat Kerajaan kepada semua pelajar tajaan dan tanggung jawab mereka untuk berkhidmat semula kepada negara. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pelajar Malaysia yang menuntut di Republik Korea, pegawai Kedutaan Besar Malaysia, agensi dan institusi pendidikan yang berkaitan. MAD 2022 telah dihadiri oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, YBhg. Datuk Lim Juay Jin serta semua kakitangan Kedutaan Besar Malaysia, wakil universiti dan syarikat-syarikat di Republik Korea. Acara kemuncak MAD 2022 adalah sesi penyampaian anugerah untuk mengiktiraf kecemerlangan dan kepimpinan pelajar seperti berikut: Anugerah PPMK Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) yang proaktif dan banyak menyumbang dalam program dan aktiviti pembangunan pelajar, hal ehwal kebajikan dan juga sebagai ejen untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Malaysia di Republik Korea. Anugerah Perdana Anugerah Perdana ini diberikan kepada para pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Anugerah Gemilang ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu: (i) Anugerah Seri Perak - dianugerahkan kepada pelajar bagi setiap peringkat pengajian yang menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang bagi semester musim bunga (spring semester). (ii) Anugerah Seri Satria - dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan aktif dalam menyertai aktiviti dalam dan luar PPMK. Dirgahayu Award Ceremony 2022 (MAD), held on 6 November 2022, at the Four Seasons Hotel Seoul is a highlighted annual event that recognises the excellence of Public Service Department (PSD) scholarship students in the fields of academics, co-curricular activities, and leadership. It also celebrates the achievements of final-year students who are about to complete their studies in the Republic of Korea. The programme also serves as a platform for the Malaysian Embassy and the Office of PPL Seoul to convey the government's intentions and expectations to all scholarship students and their responsibility to serve the country. Additionally, the programme fosters close relationship among Malaysian students studying in the Republic of Korea, embassy officials, relevant agencies, and educational institutions. MAD 2022 was attended by His Excellency the Ambassador of Malaysia to the Republic of Korea, YBhg. Datuk Lim Juay Jin, as well as all staff members of the Malaysian Embassy, university representatives, and companies in the Republic of Korea. The highlight of MAD 2022 was the award presentation session to acknowledge the excellence and leadership of the students as follows: PPMK Award This award is to acknowledge the proactive contributions of the Members of the Malaysia Students' Association in Korea (PPMK) who have actively contributed to student development programmes, welfare matters, and served as agents to unite Malaysian students in the Republic of Korea. Perdana Award The Perdana Award is awarded to students who have demonstrated outstanding achievements in both academic and co-curricular activities. The Outstanding Award is divided into 4 categories, namely: (i) Seri Perak Award - awarded to students at each level of study who have achieved outstanding academic performance for the spring semester. (ii) Seri Satria Award - awarded to final year students who have excelled in co-curricular activities and have been active in participating in both PPMK's internal and external activities. MAJLIS ANUGERAH DIRGAHAYU (MAD) 2022 78 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy