Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tajaan JPA daripada bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang telah atau akan bergraduat pada tahun 2022. Program yang dirangka khas ini juga melibatkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Bahagian Pengambilan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM). Program dianjurkan pada 29 Oktober 2022 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memberi penjelasan kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi tajaan JPA yang baru menamatkan pengajian mengenai bidang kuasa kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam urusan berkaitan kerjaya graduan, prosedur dan dasar-dasar semasa pengambilan dan penempatan latihan siswazah, permohonan jawatan, pendaftaran dengan badan-badan profesional yang berkuat kuasa dan seterusnya keperluan menunaikan ikatan kontrak berkhidmat kepada Kerajaan. Program ini menjadi satu sesi touch point bagi graduan untuk mengukuhkan networking bersama pihak penaja dan pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan-badan profesional untuk mendapatkan penjelasan secara bersemuka berkenaan isu-isu yang berkaitan. Objektif program: ì Memberi penjelasan mengenai obligasi kontrak, prosedur pendaftaran graduan dengan badan profesional dan permohonan jawatan di Portal SPA9; ì Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar semasa dan prosedur terkini pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ke Perkhidmatan Awam; ì Memberi pendedahan berkaitan latihan siswazah dan laluan kerjaya; dan ì Menjadikan program ini sebagai platform bagi pihakpihak yang berkepentingan bagi menjelaskan isu-isu yang berbangkit kepada graduan. The Reorientation Programme for Medical, Dental, and Pharmacy Graduates sponsored by the Public Service Department in 2022 is specifically organised for PSDsponsored students who have graduated or will graduate in 2022 in the fields of medicine, dentistry, and pharmacy. This special programme is organised in collaboration with the Public Service Commission (Intake Division), the Ministry of Health Malaysia (MOH), the Malaysian Medical Council (MMC), the Malaysian Dental Council (MDC), and the Malaysian Pharmacy Board (LPF). The programme took place on 29 October 2022, at the Damar Sari Hall, Block F8, Complex F, Putrajaya. Its aim is to provide information and clarification to PSD-sponsored medical, dental, and pharmacy graduates who have just completed their studies regarding the ministries and agencies involved in careerrelated matters, current procedures and policies for intake and placement of graduate trainees, job applications, registration with relevant professional bodies, and the requirements for fulfilling government service bonds. The programme serves as a touchpoint for graduates to strengthen their networking with sponsors and stakeholders such as the Ministry of Health Malaysia (MOH), the Public Service Commission (SPA), and professional bodies through face-to-face explanations on relevant issues. Objektif program: ì To provide an explanation of the contractual obligations, registration procedures with professional bodies, and job applications through the SPA9 Portal; ì To explain the current policies and procedures for the recruitment of medical, dental, and pharmacy officers into the Civil Service; ì To provide exposure related to postgraduate training and career pathways; and ì To make the proggramme serve as a platform for relevant stakeholders to address arising issues for graduates. PROGRAM REORIENTASI GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2022 REORIENTATION PROGRAMME FOR MEDICAL, DENTAL, AND PHARMACY GRADUATES SPONSORED BY THE PUBLIC SERVICE DEPARTMENT IN 2022 76 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy