Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Program ini dianjurkan khusus kepada pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara yang akan dan telah bergraduat pada tahun 2021/2022. Program ini diadakan secara bersiri sepanjang tahun bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap keperluan industri dan obligasi kontrak. Program ini merupakan kolaborasi strategik antara pihak JPA, TalentCorp dan pemain industri dalam negara bagi menarik dan mengekalkan bakat terbaik di dalam negara. Tujuan program: ì meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar terutamanya dalam pembangunan kemahiran insaniah (soft skills); ì menyediakan platform dalam membantu pelajar mendapatkan peluang pekerjaan; dan ì memberi pendedahan kepada pelajar terhadap industri melalui perluasan jaringan dan hubungan baik. JPA Career Outreach telah dilaksanakan sebanyak 12 siri pada tahun 2022 secara dalam talian sepenuhnya melibatkan 8 agensi/ syarikat yang akan berkongsi berkenaan keperluan industri dan peluang pekerjaan. Program ini dilaksanakan secara berasingan mengikut padanan bidang pengajian pelajar dan sektor industri yang akan diceburi bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai alam pekerjaan apabila bergraduat kelak. Seramai 3,058 orang pelajar telah terlibat sepanjang Program JPA Career Outreach ini dilaksanakan. Antara agensi/ syarikat yang terlibat dalam program ini ialah Yayasan Pahang, PERKESO, AMD, Prasarana, KWAP, ST Microelectronic dan PwC. The programme is specifically organised for PSD-sponsored students, both domestically and internationally, who will graduate in 2021/2022. The programme is conducted in a series throughout the year to expose students to industry requirements and contractual obligations. This programme is a strategic collaboration between PSD, TalentCorp, and industry players in the country to attract and retain the best talent within the country. Programme objectives: ì to enhance students' skills and knowledge, especially in the development of soft skills; ì to provide a platform to better help students access employment opportunities; and ì to expose students to the industry by expanding their network and building good relationships. The PSD Career Outreach programme was conducted in 12 sessions in 2022, fully online, involving 8 agencies/ companies that shared information about industry needs and job opportunities. The programme was conducted separately according to students' fields of study and the industry sectors they are interested in, providing a clearer picture of the job market upon graduation. A total of 3,058 students participated in the PSD Career Outreach programme. Among the agencies/ companies involved in this programme were Yayasan Pahang, PERKESO, AMD, Prasarana, KWAP, ST Microelectronics, and PwC. JPA CAREER OUTREACH PSD CAREER OUTREACH 75 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy