Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

(ii) Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022) Program ini merangkumi tiga (3) sesi, iaitu Leadership Engagement Session, Industry Gathertown Session dan JPA Scholars Session. Sesi-sesi ini melibatkan sesi amanat dan perjumpaan dalam talian dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Perancis yang turut merasmikan program, sesi perkongsian dan perbincangan mengenai peluang kerjaya di syarikatsyarikat yang menyertai karnival ini melalui platform dalam talian Gathertown serta sesi taklimat dan peringatan daripada pihak penaja (JPA) berkenaan tatacara lapor diri apabila graduan kembali ke Malaysia kelak. Program ini melibatkan kehadiran seramai 45 orang pelajar tahun akhir di Perancis untuk sesi pengajian 2021/2022, dan sebanyak 11 buah syarikat yang menawarkan peluang dan prospek kerjaya, antaranya adalah ExxonMobil, Valeo, Top Glove, Petron dan Intel. (ii) Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022) The programme consists of three (3) sessions, namely the Leadership Engagement Session, Industry Gathertown Session, and PSD Scholars Session. These sessions involve online addresses and meetings with the Ambassador of Malaysia to France, who also officiated the programme. There are sharing and discussion sessions regarding career opportunities in companies participating in the carnival through the online platform Gathertown, as well as briefings and reminders from the sponsor (PSD) regarding the procedures for reporting back when graduates return to Malaysia. The programme involves the participation of 45 final year students in France for the 2021/2022 academic session, and a total of 11 companies offering career opportunities and prospects, including ExxonMobil, Valeo, Top Glove, Petron, and Intel. 74 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy