Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Kolokium Penyelidikan merupakan acara tahunan yang telah dilaksanakan oleh INTAN dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Program ini merupakan satu wadah perkongsian mengenai kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi ijazah kedoktoran (Ph.D) dan Sarjana. Bertemakan Edisi Khas Dasar Pandang Ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad, pelaksanaan Kolokium Penyelidikan pada 22 September 2022 adalah bersempena dengan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur. Kolokium kali ini membariskan seramai dua belas orang pembentang yang merupakan pegawai yang telah mengikuti pengajian lanjutan di bawah program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Seramai enam orang merupakan graduan daripada universiti-universiti di Jepun dan enam orang lagi daripada universiti-universiti tempatan. YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Kolokium Penyelidikan 2022 di samping melancarkan buku Dasar Pandang Ke Timur : Legasi Kecemerlangan Empat Dekad. Buku ini merupakan terbitan Bahagian Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai tanda kerjasama yang erat di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun dalam memperkasakan pembangunan ekonomi serta pentadbiran kedua-dua negara. Program yang diadakan di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato’ Ts. Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah INTAN. The Research Colloquium is an annual event organised by INTAN in collaboration with the Human Capital Development Division of the Public Service Department. The programme serves as a platform for sharing research studies conducted by civil servants who have completed the Federal Training Award (HLP) for doctoral (Ph.D) and master's degrees (Sarjana). With the theme "Special Edition of the Look East Policy: Four Decades of Excellence Legacy," the Research Colloquium held on 22 September 2022, marked the 40th anniversary of the Look East Policy. This Colloquium featured twelve presenters, including officers who have pursued advanced studies under the In-Service Training Programme (LDP). Six of them were graduates from universities in Japan, and the other six from local universities. YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Director-General of the Public Service, attended the Closing Ceremony of the 2022 Research Colloquium and launched the book "Look East Policy: Four Decades of Excellence Legacy." The book, published by the Human Capital Development Division of the Public Service Department, signifies the close cooperation between the Malaysian and Japanese governments in strengthening the economic development and administration of both countries. The programme, held at the Seri Baiduri Hall, INTAN Bukit Kiara, was also attended by YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Deputy Director-General of the Public Service (Development), YBhg. Dato’ Ts. Kamel bin Mohamad, Deputy Director-General of the Public Service (Operations), and YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Director of INTAN. KOLOKIUM PENYELIDIKAN 2022 EDISI KHAS DASAR PANDANG KE TIMUR: LEGASI KECEMERLANGAN EMPAT DEKAD RESEARCH COLLOQUIUM 2022 SPECIAL EDITION OF THE LOOK EAST POLICY: FOUR DECADES OF EXCELLENCE LEGACY 37 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy