Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

ì Keempat: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum menambah baik kadar tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022. ì Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023. ì Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 yang akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023. Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut melancarkan buku “Dasar-Dasar Negara (Jilid 3)” dan “Keluarga Malaysia: Manfaat untuk Rakyat”. Kedua-dua buku terbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini merupakan salah satu inisiatif menyebarluaskan dasardasar kerajaan serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat mengenai konsep Keluarga Malaysia. Hadir sama, ialah ahli-ahli Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MAPPA XVIII anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini telah dihadiri lebih 6,000 penjawat awam secara fizikal dan 182,000 secara dalam talian menerusi siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM), Facebook JPA dan INTAN. ì F ourth: Improving the annual salary movement to officers who have reached the maximum salary by enhancing the fixed rate of 3 percent currently received by officers who reach the maximum salary to a new rate and standardising it by grade for all service classifications, effective from 1 January 2022. ì F ifth: Additional Special Annual Salary Increment (KGT) of RM100 for civil servants in Grade 11 to Grade 56, payable starting from January 2023. ì S ixth: The 2023 Special Financial Assistance (BKK) to be paid to civil service members in Grade 56 and below, amounting to RM700, and RM350 for government retirees and non-pensioned veterans, to be disbursed in January 2023. During the same event, YAB Prime Minister also launched two books, "National Policies (Volume 3)" and "Keluarga Malaysia: Benefits for the People." Both books, published by the National Institute of Public Administration (INTAN), are initiatives aimed at disseminating government policies and enhancing public understanding and awareness of the concept of Keluarga Malaysia. Present at the event were members of the Cabinet, the Chief Secretary to the Government, the Director-General of the Public Service, Deputy Ministers, Permanent Secretaries of Ministries, Federal Department Heads, State Secretaries, and the President of the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS). The Eighteenth MAPPA, organised by the Public Service Department (PSD), was attended by over 6,000 civil servants physically and 182,000 online viewers through the live broadcasts on Radio Television Malaysia (RTM), PSD's Facebook, and INTAN's platforms. 36 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy