Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Penganjuran Forum Keluarga Malaysia merupakan program kesinambungan yang dijayakan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam merealisasikan agenda Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Forum yang diadakan pada 9 Jun 2022 telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Yang Di-Pertua Dewan Negara di Auditorium INTAN dan telah dihadiri kira-kira 400 orang peserta dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Membawa tema “Menginstitusikan Keluarga Malaysia Sebagai Agenda Nasional”, forum ini mengupas hala tuju dan strategi dalam menginstitusikan gagasan Keluarga Malaysia sebagai sebuah agenda nasional secara bersama. Aspirasi Keluarga Malaysia bermatlamat untuk memastikan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, hidup dalam suasana yang mesra dan harmoni sambil berkongsi tiga nilai utama iaitu ‘Keterangkuman’, ‘Kebersamaan’ dan ‘Kesyukuran’. Forum ini telah menghimpunkan figura dan tokoh terkenal tanah air dari pelbagai latar belakang dan pengalaman sama ada dalam bidang akademik, sektor awam, pertubuhan bukan Kerajaan dan badan korporat. Panel-panel forum terdiri daripada Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia; Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia; Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, Malaysia Civil Society Organisation (CSO) dan Puan Melissa Ngiam, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Generasi Gemilang. Forum ini telah dikendalikan oleh Puan Margaret Gambang dari RTM sebagai moderator. Turut hadir ialah YBhg. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara yang telah merasmikan majlis Penutupan Forum Keluarga Malaysia dan melancarkan Buku Etos Baharu Perkhidmatan Awam. The organisation of the Keluarga Malaysia Forum is a continuous programme initiated by the National Institute of Public Administration (INTAN) to realise the Keluarga Malaysia agenda inspired by the Prime Minister, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. The forum, held on 9 June 2022, was inaugurated by YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, the President of the Senate, at the INTAN Auditorium. It was attended by approximately 400 participants from various government ministries, departments, and agencies. With the theme "Institutionalising Keluarga Malaysia as a National Agenda," this forum delved into the direction and strategies for institutionalising the Keluarga Malaysia concept as a national agenda collectively. The aspiration of Keluarga Malaysia aims to ensure that a diverse population, comprising various ethnicities and religions, lives in a friendly and harmonious environment while sharing three core values: 'Inclusivity,' 'Togetherness,' and 'Gratitude.' The forum brought together prominent figures and leaders from various backgrounds and experiences, including academia, the public sector, non-governmental organisations, and corporate entities. The forum panelists included Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia; Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Chief Executive Officer, Malaysian Institute of Integrity; Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, Malaysia Civil Society Organisation (CSO); and Ms. Melissa Ngiam, Chief Executive Officer, Yayasan Generasi Gemilang. The forum was moderated by Ms. Margaret Gambang from RTM. Also present was YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Chief Secretary to the Government, who officiated the Closing Ceremony of the Keluarga Malaysia Forum and launched the New Ethos Book of Public Service. FORUM KELUARGA MALAYSIA “MENGINSTITUSIKAN KELUARGA MALAYSIA SEBAGAI AGENDA NASIONAL” KELUARGA MALAYSIA FORUM "INSTITUTIONALISING KELUARGA MALAYSIA AS A NATIONAL AGENDA" 38 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy