Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2022, INTAN telah menganjurkan INTAN Executive Lecture Series (Human Resource) dengan tema Seni Semarak Cinta Negara pada 7 September 2022 di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mengingatkan penjawat awam akan tanggungjawab kepada negara yang secara tidak langsung akan meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Di samping itu, program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat jati diri dan kenegaraan serta membentuk kerjasama, hubungan erat dan semangat berpasukan antara penjawat awam. Barisan panel program terdiri daripada Dr. Sam Rasputin, Penyanyi, Penulis Lirik dan Pencipta Lagu Saya Anak Malaysia, Encik Abdul Latip bin Talib - Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan 2019, Encik Adman bin Md Salleh - Pengarah Filem ‘Paloh’, dan YBhg. Datuk Syafinaz Selamat - Penyanyi, Pensyarah Vokal dan Pengarah Genius Seni Choir. Panel-panel telah mengemukakan input serta membincangkan usaha dalam menyemarakkan aspirasi jati diri terhadap negara Malaysia khususnya dalam kalangan penjawat awam. Program yang dilaksanakan secara bersemuka ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta daripada kementerian, jabatan dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri. In conjunction with the celebration of independence month 2022, INTAN had organised the INTAN Executive Lecture Series (Human Resource) with the theme "The Art of Fostering Love for the Nation" on 7 September 2022, at the Seri Baiduri Hall, INTAN Bukit Kiara. This programme was conducted to enhance awareness and remind civil servants of their responsibility to the nation, thus indirectly improving the quality of public service. Additionally, the programme aimed to ignite a genuine sense of self and national identity, foster cooperation, strengthen relationships, and promote team spirit among civil servants. INTAN EXECUTIVE LECTURE SERIES (HUMAN RESOURCE) 2022 SENI SEMARAK CINTA NEGARA THE ART OF FOSTERING LOVE FOR THE NATION The panel for the programme consisted of Dr. Sam Rasputin, Singer, Lyricist, and Composer of the song "Saya Anak Malaysia", Mr. Abdul Latip bin Talib - Recipient of the Negeri Sembilan State Laureate Award in 2019, Mr. Adman bin Md Salleh - Director of the film 'Paloh', and YBhg. Datuk Syafinaz Selamat - Singer, Vocal Instructor, and Director of the Genius Seni Choir. The panelists provided insights and discussed efforts to invigorate the genuine aspirations towards Malaysia, particularly among civil servants. This face-to-face programme was attended by 200 participants from federal and state-level ministries, departments, and agencies. 34 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy