Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) pada 1 hingga 2 November 2022. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di INTAN Bukit Kiara dan telah dihadiri kira-kira 250 orang peserta dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Membawa tema “Inovasi Perkhidmatan Awam Aspirasi Keluarga Malaysia,” SIPA 2022 membawa wacana bagi merealisasikan secara komprehensif gagasan Keluarga Malaysia menerusi inovasi sebagai sebuah agenda nasional. Menurut YBhg. Dato’ Sri KPPA dalam ucapan beliau, pembudayaan inovasi dan kreativiti secara konsisten dan terancang perlu bagi menempatkan negara dalam kelas negara maju. Inovasi pada hari ini telah menjadi kayu ukur aras baharu global yang sudah pastinya menuntut keupayaan penciptaan yang unik, dinamik dan berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan negara. Cetusan idea yang kreatif dan inovatif mampu memacu dan melonjakkan pencapaian sesebuah negara ke tahap yang lebih berdaya saing dan kekal relevan dalam arus kepesatan globalisasi. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan beberapa orang penceramah dari pelbagai agensi bagi perkongsian ilmu. Turut diadakan pameran berkaitan inovasi yang disertai oleh 13 pempamer dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Institute of Public Administration (INTAN) organised the Public Service Innovation Seminar (SIPA) from 1 to 2 November 2022. The programme was inaugurated by YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Director-General of the Public Service at INTAN Bukit Kiara and was attended by approximately 250 participants from various government ministries, departments, agencies, and the private sector. Under the theme "Public Service Innovation as the Aspiration of Keluarga Malaysia," SIPA 2022 provided a comprhensive platform to realised the concept of Keluarga Malaysia through innovation as a national agenda. According to YBhg. Dato’ Sri KPPA in his speech, the cultivation of innovation and creativity consistently and systematically is essential to position the country among other developed nations. Innovation today has become a new global benchmark that undoubtedly demands the ability to create something unique, dynamic, and functional as a catalyst for the nation's well-being. Creative and innovative ideas can drive and elevate a country's performance to a more competitive level, remaining relevant in the rapid currents of globalisation. The two-day seminar featured several speakers from various agencies for knowledge sharing session. An innovation exhibition was also held, with participation from 13 exhibitors representing various government and private sector agencies. SEMINAR INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (SIPA) 2022 PUBLIC SERVICE INNOVATION SEMINAR (SIPA) 2022 33 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy