Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) NATIONAL INSTITUTE OF PUBLIC ADMINISTRATION Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Webinar Refleksi Ekonomi 2022 pada 20 September 2022 secara dalam talian. Perbincangan webinar ini berkisar kepada cabaran-cabaran serta langkah-langkah untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang kini dihadapi rakyat Malaysia. Empat orang panel yang berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, penggubalan dasar berhubung strategi sara hidup dan kepenggunaan, telah dijemput untuk berkongsi pandangan serta ilmu berhubung inisiatif bagi memperbaiki serta meningkatkan taraf hidup ahli Keluarga Malaysia. Panel-panel terdiri daripada Encik Atan bin Sapian, Pengarah, Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Dr. Mohd. Afzanizam bin Abdul Rashid, Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; Dato’ Dr. Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia; dan Dr. Suraya binti Ismail, Pengarah Penyelidikan dari Khazanah Research Institute. Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Program Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam, INTAN pula merupakan moderator bagi webinar tersebut. Webinar ini telah disertai oleh 478 orang peserta daripada kementerian, jabatan dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri melalui aplikasi Zoom dan laman Facebook INTAN. The National Institute of Public Administration (INTAN), under the Public Service Department (PSD), organised the online 2022 Economic Reflection Webinar on 20 September 2022. The webinar's discussion revolved around the challenges and measures to address the issue of the rising cost of living faced by the Malaysians. Four experienced panelists in the fields of economics, policy formulation related to cost of living strategies, and consumerism were invited to share their insights and knowledge regarding initiatives to improve and enhance the standard of living for Keluarga Malaysia. The panels consisted of Mr. Atan bin Sapian, Director, Secretariat of the National Action Council for Cost of Living (NACCOL), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs; Dr. Mohd. Afzanizam bin Abdul Rashid, Head of Economics and Research Department, Employees Provident Fund (EPF); Dato' Dr. Madeline Berma, Fellow, Academy of Sciences Malaysia; and Dr. Suraya binti Ismail, Research Director from the Khazanah Research Institute. Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Head of Public Economics and Finance Studies Programme at INTAN, served as the moderator for the webinar. The webinar was attended by 478 participants from federal and state-level ministries, departments, and agencies through the Zoom application and INTAN's Facebook page. WEBINAR REFLEKSI EKONOMI 2022 ‘MENANGANI CABARAN KOS SARA HIDUP’ 2022 ECONOMIC REFLECTION WEBINAR 'ADDRESSING THE COST OF LIVING CHALLENGES' 32 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy