Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

11. Ceraian SR.5.1.5 Penambahbaikan Cuti Rehat Khas (CRK) YAB Perdana Menteri dalam ucapannya semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke18 (MAPPA) 2022 pada 30 Ogos 2022 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju dengan tambahan 5 hari Cuti Rehat Khas (CRK) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun menjadikan CRK PPP berjumlah 15 hari setahun. Sehubungan dengan itu, JPA pada 5 September 2022 telah mengemukakan surat pelaksanaan dasar kepada YBhg. KSU KPM dan penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui Ceraian SR.5.1.5 (Cuti Rehat Khas) berkuat kuasa mulai 1 September 2022. 12. Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/7(3) Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat YAB Perdana Menteri dalam ucapannya semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke18 (MAPPA) 2022 pada 30 Ogos 2022 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ditambah baik dengan peluasan tafsiran ahli keluarga terdekat termasuk adik-beradik, nenek dan datuk pegawai. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.2.1 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat) dan berkuat kuasa mulai 5 September 2022. 13. Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/7 (26) Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat Kerajaan melalui Belanjawan Tahun 2022 telah bersetuju untuk memberikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod maksimum lima (5) hari setahun kepada pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan. Pemberian kemudahan ini adalah sebagai galakan kepada penjawat awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat) dan berkuat kuasa mulai 20 September 2022. 11. Attachment SR.5.1.5 Improvement of Special Rest Leave (CRK) The Prime Minister, in his address during the 18th Amanat Perdana Civil Service Event (MAPPA) on 30 August 2022, announced that the government has agreed to add 5 days of Special Rest Leave (CRK) for Education Service Officers (PPP) who have served for more than 10 years, making the total CRK for PPP 15 days per year. In line with this, on 5 September 2022, the Public Service Department (PSD) submitted the policy implementation letter to the Secretary-General of the Ministry of Education, and this regulation amendment was implemented through Attachment SR.5.1.5 (Special Rest Leave) effective from 1 September 2022. 12. Circular PSD.(S).800-1/1/7(3) Improvement of Unrecorded Leave Facilities for the Death of Close Family Members YAB Prime Minister in his address during the 18th Amanat Perdana Civil Service Event (MAPPA) 2022 on 30 August 2022, announced that the Government has agreed to further improve the Unrecorded Leave Facility for the Death of Close Family Members by expanding the definition of close family members to include siblings, grandparents, and great-grandparents of the officers. The improvement of this regulation is implemented through MyPPSM Attachment SR.5.2.1 (Unrecorded Leave Facility for the Death of Close Family Members) and is effective from 5 September 2022. 13. Circular Letter PSD.(S).800-1/1/7 (26) Improvement of Unrecorded Leave Facilities for Community Service Activities The government, through the 2022 Budget, has agreed to provide a maximum of five (5) days of Unrecorded Leave per year to civil servants involved in community service activities with approved organisations. This provision serves as an incentive for civil servants who engage in community service. The regulation amendment is implemented through MyPPSM Circular SR.5.5.7 (Unrecorded Leave for Community Service Activities) and is effective from 20 September 2022. 182 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy