Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

14. Circular Letter JPA(S)63/163 Klt.5 (42) - Transportation Cost Claims for Non-Self-Owned Vehicles by Officers Due to House Relocation and Transfer The government has decided the term 'car' in the Government Circular 12(a), Government Circular Chapter B 1974, is expanded to 'non-self-owned vehicle' as stated in the Service Circular Number 2 of 1984. The decision allows Division Heads to consider and approve (if it meets the specified conditions) any application to transport non-self-owned vehicles by officers due to house relocation and transfer. 14. Surat Edaran JPA(S)63/163 Klt.5 (42) - Tuntutan Tambang Mengangkut Kenderaan Bukan Milik Sendiri Oleh Pegawai Kerana Bertukar dan Berpindah Rumah Kerajaan telah memutuskan maksud ‘kereta’ dalam Perintah Am 12(a), Perintah Am Bab B Tahun 1974 diperluaskan sebagai ‘kenderaan bukan kepunyaan sendiri’ sepertimana dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1984. Keputusan ini membolehkan Ketua Jabatan menimbang dan meluluskan (sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan) sebarang permohonan untuk mengangkut kenderaan bukan milik sendiri oleh pegawai yang bertukar dan berpindah rumah. PEKELILING PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENCEN SERVICE CIRCULAR FOR THE PENSION DIVISION PENAMBAHBAIKAN FAEDAH PERSARAAN TAHUN 2022 Gantian Cuti Rehat Dinaikkan Daripada Maksimum 150 Hari Ke 160 Hari Sebagai menghargai jasa anggota perkhidmatan awam, Kerajaan melalui Belanjawan 2022 telah bersetuju supaya maksimum gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan daripada 150 hari kepada 160 hari. Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) merupakan wang tunai yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. Pada 29 Oktober 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan kemudahan penebusan awal GCR sebanyak 50 peratus atau 80 hari. Pelaksanaan dan syarat permohonan telah diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PP.1.3.4. Inisiatif ini juga telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. IMPROVEMENT OF RETIREMENT BENEFITS IN 2022 Annual Leave Compensation Increased From Maximum 150 Days To 160 Days In appreciation of the services by the civil servants, the Government has agreed in Budget 2022 to increase the maximum annual leave compensation (GCR) from 150 days to 160 days. Advance Award of Cash Compensation for Rest Leave (GCR) Annual Leave Compensation Cash Award (GCR) is cash given to civil servants who do not have the opportunity to use their annual leave due to the importance of service. On 29 October 2021, the Government announced the implementation of the GCR early redemption benefit allowing a maximum of 50 percent from the total GCR allowable or 80 days to be redeemed. The implementation and application conditions have been detailed out in the Human Resources Service Circular (MyPPSM) Attachment PP.1.3.4.. This initiative has also come into force from 1 January 2022. 183 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy