Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

5. Circular Letter PSD.SARAAN(S)256/6/31 Vol.10 (30) - Amendment to the Work From Home (WFH) Policy for Civil Servants To improve the existing Work From Home (WFH) policy and align it with the government's intention to focus on the welfare and well-being of civil service employees, the government has agreed that Division Heads are required to allow/direct WFH for employees upon the death of a spouse immediately after the three (3) days of Unrecorded Leave (CTR) as provided in Attachment SR.5.2.1 (CTR Facilities for Dealing with the Death of Immediate Family Members) have been used. The duration of granting WFH shall be appropriate and shall not exceed two (2) weeks, including Weekly Off Days, Weekly Holidays and General Public Holidays, subject to the Division Head's discretion. The amendment is effective from 10 March 2022. 6. Circular Letter PSD.SARAAN 262/6/2-5Klt.5(12) - Division Head's Responsibility for Enforcing Court Orders in Alimony Claims Cases The Prime Minister of Malaysia, in his speech during the Women's Day Celebration on 8 March 2022, announced that the government has amended the Financial Provision Act to allow banks to freeze the husband's bank account upon a court order, in order to assist women affected by divorce issues. Banks are also allowed to make payments from the frozen husband's account to the wife if the wife has made a monetary claim in court through a method known as Hiwalah. Division Heads are responsible for taking action on the orders issued by the court. Therefore, this circular letter was issued on 5 April 2022, informing all Division Heads to take appropriate action. 7. Circular Letter PSD.800-3/2/1 (41) Special Aidilfitri Financial Assistance Year 2022 The government has decided to provide Special Aidilfitri Financial Assistance for the year 2022 to Federal Civil Servants in Grade 56 and below, amounting to RM500.00, and it will also be extended to government retirees receiving a pension and non-pensioned veterans at RM250.00. The Special Aidilfitri Financial Assistance for the year 2022 will be disbursed on 25 April 2022. 5. Surat Edaran JPA.SARAAN (S)256/6/31 Jld.10 (30) Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Bagi menambah baik peraturan sedia ada Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan pegawai perkhidmatan awam, Kerajaan telah bersetuju supaya Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Ceraian SR.5.2.1 (Kemudahan CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat) telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan berkuat kuasa mulai 10 Mac 2022. 6. Surat Edaran JPA.SARAAN 262/6/2-5Klt.5(12) Tanggungjawab Ketua Jabatan Bagi Melaksanakan Perintah Mahkamah Dalam Kes Tuntutan Nafkah YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2022 telah mengumumkan bahawa dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan oleh isu perceraian, Kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah. Pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan yang melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah yang dikenali sebagai Hiwalah. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap ketetapan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Justeru, surat edaran ini dikeluarkan pada 5 April 2022 bagi memaklumkan semua Ketua Jabatan untuk mengambil tindakan sewajarnya. 7. Surat Edaran JPA.800-3/2/1 (41) Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.00. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 ini dibayar pada 25 April 2022. 180 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy