Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

VISI Visi bagi projek ini adalah membangunkan satu sistem yang adaptif bagi memacu pengurusan sumber manusia sektor awam dan membolehkan penyampaian perkhidmatan mengutamakan pengguna secara moden, lancar dan menyeluruh (end-to-end). Ianya meliputi tiga (3) aspek berikut: Penyelesaian Sumber Manusia Yang Adaptif Sistem HRM Baharu perlu diskalakan (scalable) dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan bagi pengurusan dan operasi sumber manusia sektor awam. Sistem baharu ini bukan sahaja perlu menyelesaikan cabaran dan kekangan sedia ada tetapi juga perlu bersifat fleksibel untuk mengadaptasi trend sumber manusia baharu, landskap sumber manusia yang berubah dalam sektor awam dan keperluan masa hadapan sektor awam. Memacu Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Sistem HRM baharu perlu menyokong objektif JPA dalam memacu pengurusan sumber manusia sektor awam. Bagi tujuan tersebut, ianya memerlukan satu penyelesaian teknologi yang mantap dan boleh diskalakan mengikut keperluan pengguna. Oleh itu, sistem baharu ini hendaklah dibangunkan dengan kebolehupayaan digital yang terkini bagi membolehkan: ì pengurus sumber manusia menggunakan data untuk menyokong agensi menguruskan operasi harian; dan ì penggubal dasar menggunakan analisis data untuk menggubal dasar serta membuat perancangan baharu. Hal ini akan memberi kesan kepada keseluruhan kitaran hayat sumber manusia sektor awam. Perkhidmatan Mengutamakan Pengguna Sistem HRM baharu perlu memenuhi keperluan pengguna akhir (end user) di mana keperluan pengguna sistem boleh berubah disebabkan berlakunya perubahan dasar dan peraturan. Pengguna sistem mestilah dapat menikmati pengalaman yang konsisten dan moden semasa menguruskan operasi sumber manusia. Masalah seperti proses berulang dan kaku atau kemasukan pelbagai data untuk menyelesaikan proses sumber manusia tertentu hendaklah dihapuskan untuk membolehkan pengalaman pengguna yang lebih seragam. VISION The vision for this project is to develop an adaptive system that drives public sector human resource management and enables user-centric, modern, seamless, and comprehensive service delivery. It encompasses three (3) key aspects: Adaptive Human Resource Solution The new HRM System needs to be scalable and customisable to meet the current and future needs of public sector human resource management and operations. This new system should not only address existing challenges and constraints but also be flexible enough to adapt to emerging human resource trends, the evolving public sector human resource landscape, and future requirements. Driving Public Sector Human Resource Management The new HRM System needs to support PSD objectives in driving public sector human resource management. For this purpose, it requires a robust and scalable technological solution that meets user needs. Therefore, the new system must be developed with the latest digital capabilities to enable: ì human resource managers to use data to support agencies in managing daily operations; and ì policy makers to use data analytics to formulate policies and create new plans. This will impact the entire life cycle of human resources in the public sector. User-Centric Services The new HRM System needs to meet the needs of end users, where user requirements may change due to changes in policies and regulations. System users must be able to enjoy a consistent and modern experience when managing human resource operations. Issues such as repetitive and rigid processes or multiple data inputs to complete certain human resource processes should be eliminated to allow for a more uniform user experience. 109 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy