

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
47
Program Turun Padang ialah sebuah platform
perhubungan antara Kerajaan Negeri (SUK), Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan/ Agensi
persekutuan di peringkat negeri bersama Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA). Objektif program adalah
bagi membolehkan JPA mendapatkan maklumbalas
secara terus daripada anggota Perkhidmatan Awam di
peringkat negeri terutamanya yang berkaitan dengan
peranan JPA sebagai Agensi pusat dalam menguruskan
sumber manusia dan mendapatkan pandangan serta
maklum balas pegawai muda terhadap Perkhidmatan
Awam masa kini serta penambahbaikan yang perlu
dilakukan untuk memastikan Perkhidmatan Awam
kekal cemerlang. Program ini juga merupakan
salah satu inisiatif JPA untuk mempromosikan dan
menyebarluaskan agenda Transformasi Perkhidmatan
Awam hingga ke peringkat negeri. Sehingga kini, tiga
(3) siri Program Turun Padang telah diadakan iaitu di
Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
Antara pengisian program adalah:
i) Perjumpaan KPPA bersama Ketua-Ketua
Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan
Negeri;
ii) Sesi Interaksi KPPA bersama-sama Pegawai
Muda Jabatan Persekutuan dan Negeri serta
pelajar tajaan JPA;
iii) Sesi Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat;
dan
iv) Sesi Penyampaian Surat Kelulusan Faedah
Persaraan Dan Sijil Penghargaan Persaraan.
PROGRAM-PROGRAM
TURUN PADANG KPPA TAHUN 2017
KPPA’S ENGAGEMENT PROGRAMMES IN 2017
The Engagement Program is a communications
platform between the State Government (SUK), Local
Authorities (PBTs) and Federal Departments / Agencies
at the state level with the Public Service Department
(JPA). The objective of the program is to enable the JPA
to obtain direct feedbacks from Public Servants at the
state level. The program was especially implemented
with respect to the role of the JPA as a central agency
in managing human resources as to obtain the views
and feedback of young officers on the current Public
Service as well as in gathering their opinions for
future improvements to ensure that the Public Service
remains outstanding. The program was also one of the
JPA initiatives to promote and disseminate the Public
Service Transformation agenda to state level. To date,
three series of Engagement Programs have been held
in Penang, Perak and Sabah.
Among the program’s agenda were:
i) The KPPA’ Meeting with Head of Departments
as well as Federal and State Senior Officials;
ii) Interaction Session between the KPPA with
Federal and State Departments’ Young
Officers and JPA-sponsored students;
iii) Promotion Letter Awards session; and
iv) Retirement Benefit Approval Letter and
Retirement Acknowledgement Certificate
Awards Session.