Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

167 3. PROGRAM PSYCHOLOGY DOWN TO EARTH DI INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM). Program Psychology Down To Earth di Institut Sosial Malaysia (ISM) telah dijalankan pada 12 April 2022. Program ini merupakan program anjuran Unit Pengurusan Psikologi, BPSM, KPWKM dengan kerjasama AKRAB KPWKM yang bertugas di ISM. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Promosi Klinik Kaunseling, Tempahan Temujanji Kaunseling, Pelbagai jenis Kuiz Psikologi & Ujian Psikometrik yang dikelolakan Pegawai Psikologi bersama ahli AKRAB. 4. PERSIDANGAN PEGAWAI PSIKOLOGI, PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI, dan AKRAB KPWKM TAHUN 2022 Persidangan Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPWKM telah dijalankan pada 30 Jun 2022 bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan Pegawai Psikologi dan ahli AKRAB KPWKM dalam aspek kemahiran asas dan teori kaunseling. Selain itu, sesi pentaulihan AKRAB Care juga turut diberi kepada ahli AKRAB yang telah menjalani kursus AKRAB Care pada 10 Mac 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy