Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

166 LAPORAN PROGRAM AKRAB KPWKM TAHUN 2022 1. BENGKEL PEMBIMBING KOMUNITI AKRAB, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 2. KURSUS AKRAB CARE TAHUN 2022, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Bengkel Pembimbing Komuniti AKRAB KPWKM, telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 23 hingga 25 Februari 2022. Program ini merupakan program kerjasama antara Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Unit Pengurusan Psikologi, BPSM, KPWKM bagi memperkasakan ahli AKRAB KPWKM dalam aspek kemahiran kaunseling dan asas kesukarelawanan. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB KPWKM telah menyertai kursus ini. Kursus AKRAB Care tahun 2022 telah berlangsung pada 10 Mac 2022 secara dalam talian. Seramai 52 peserta telah menyertai kursus ini merangkumi ahli AKRAB Kementerian dan Agensi di bawahnya iaitu Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), dan Institut Sosial Malaysia (ISM). Penganjuran kursus ini adalah perlu memandangkan ianya merupakan antara syarat utama bagi ahli AKRAB untuk membantu organisasi dalam melaksanakan proses Pelaksanaan Dasar Pemisah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy