Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

168 5. BENGKEL KERANGKA PELAN STRATEGIK AKRAB KPWKM 2023 - 2027 Bengkel Kerangka Pelan Strategik AKRAB KPWKM 2023-2027 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Aras 21, KPWKM. Program ini bertujuan bagi merangka strategi dan inisiatif AKRAB KPWKM untuk diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Seramai 25 orang ahli taskforce yang terdiri daripada ahli AKRAB KPWKM telah dilantik bagi menyumbang idea kepada penghasilan pelan strategik ini. 6. LAWATAN KEBAJIKAN AHLI AKRAB YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA Pada 2 September 2022, Ahli Jawatankuasa AKRAB KPWKM telah menziarahi Puan Lim Lee Peng, ahli AKRAB KPWKM yang merupakan kakitangan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) cawangan Negeri Kelantan. Puan Lim telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari tempat kerja dan mengalami kecederaan patah tulang peha.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy