Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

13 PROGRAM 3: PELAN STRATEGIK AKRAB 2021-2025 Majlis AKRAB Kebangsaan dengan kerjasama BPPs JPA telah membangunkan Pelan Strategik AKRAB 2021-2025. Sebanyak tiga bengkel Pelan Strategik telah berlangsung untuk memastikan pelan tersebut berjaya di terbitkan. Majlis pelancaran pelan berkenaan telah disempurnakan pada 24 September 2022 oleh Puan Siti Hasiah Jusoh, Penyelaras AKRAB (mewakili Pengarah BPPs JPA) di Dewan Mezzanine, JPA, Putrajaya bersempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MAK Tahun 2022. PROGRAM 4: Bengkel Teknik Dan Psikologi Penulisan Buku Bengkel Teknik dan Psikologi Penulisan Buku telah diadakan di RHR Hotel Kajang pada 27 hingga 28 Ogos 2022 dengan dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada ahli AKRAB seluruh Malaysia. Bengkel ini dibimbing oleh En. Ikram Mohamad Nor Wazir yang merupakan pengurus besar PTS Media Group Sdn Bhd dan sebagai Jurulatih Utama Penulisan & Penerbitan. Objektif bengkel ini adalah untuk menghasilkan penulisan Siri Kompilasi Kes 3.0 yang akan diterbitkan oleh MAK. Konsep buku Kompilasi Kes 3.0 ini akan diberi sentuhan baharu bagi memastikan penambahbaikan kualiti berbanding buku Transformasi Diri 2.0. Bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta terlibat untuk mendapat ilmu tambahan mengenai teknik dan psikologi penulisan bagi tujuan penerbitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy